Kejadian Tanah Runtuh Sebuah Resort Di Tambun Perak
|Mengejutkan, bila pagi ini terbaca berita tentang Kejadian Tanah Runtuh Sebuah Resort Di Tambun Perak. Yang terlibat, antaranya ialah dua orang tetamu Banjaran Hot Spring Resort di Tambun, Perak. Mangsa yang dikhuatiri tertimbus di dalam kejadian tanah runtuh tersebut, dikatakan melanda vila penginapan mereka pagi ini.
Updated 12.05pm : Mangsa telah ditemui meninggal dunia. Mayat Ooi Chee Wei, 39 dan Lee Tze Jun, 32, masing-masing ditemui pada jam 9.55 pagi dan 10 pagi.
“Mayat itu dijumpai di bilik jakuzi vila,” kata Pemangku Ketua Polis Perak, Datuk Goh Boon Keng kepada wartawan ketika ditemui di luar resort, di sini.
Sumber : NST Two Found Dead
Baca : Resort Yang Cantik Di Perak
Kejadian Tanah Runtuh Sebuah Resort Di Tambun Perak
Kredit Gambar : Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
Menurut berita tersebut, Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak menerima panggilan kecemasan sekitar jam 1.28 pagi tadi dan kemudian pasukannya bergegas ke tempat kejadian untuk tujuan rescue.
MrJocko sendiri tidak pernah sampai di Banjaran Hot Spring Tambun. Namun, pernah lihat gambar lokasi resort ini yang sememangnya cantik dan dikelilingi hutan hijau dan bukit bukau yang indah.
Pastinya ia antara resort yang menjadi impian ramai di negeri Perak.
Kredit Gambar : Booking.com
Kalau dari segi bintang, rasanya ia diberikan penarafan Resort 5 Bintang, antara resort yang offer pakej dan facility terbaik di Perak, Semenanjung Malaysia. Harga bilik di The Banjaran Hotsprings Tambun ini dikatakan sekitar RM1400 bagi pakej 2 hari 1 malam.
Semak Banjaran Hotsprings Room Rates di sini : Google Malaysia
Sebagai tetamu hotel, ketika kita bercuti di mana sahaja, perlu juga kita ingat tentang aspek keselamatan. Ya, kemalangan boleh berlaku di mana-mana sahaja tetapi setiap masa, kita tetap kena beringat.
Kes tanah runtuh seperti ini, mungkin mangsa berada di tempat yang salah, pada masa yang salah. Satu kemalangan yang sesiapapun yang menginap di vila tersebut pasti tidak akan dapat menjangka akan berlaku kejadian tanah runtuh seperti ini.
Takziah kepada mangsa dan keluarga. Semoga pekerja dan tetamu hotel yang lain selamat dari bencana tersebut.