Kek Hakata Torimon Kek Sedap Dari Jepun
|Mungkin dah ada yang pernah rasa Kek Sedap yang terkenal di Fukuoka ini. Ia dikenali sebagai kek Hakata Torimon, kek yang berbentuk bulat leper dan lembut ini menyerupai ala-ala Dorayaki yang terkenal di Jepun. Ini Kek Hakata Torimon Kek Sedap Dari Jepun.
Tahun demi tahun, Kek Hakata Torimon telah menjadi salah satu menu makanan yang paling terkenal di Fukuoka. Ia menjadi salah satu cenderamata popular untuk pelancong. Menu Hakata Torimon ini adalah gabungan baru dan tradisional dan dijadikan menu baru untuk anda rasai.
Food Review tentang Hakata Torimon Osaka Jepun
Hakata Torimon Kek Sedap Dari Jepun
Kek Torimon ini ialah kek jem kacang tradisional dengan krim segar dan mentega. Sebaik sahaja anda memakan Hakata Torimon ini, anda pasti akan suka. Anak-anak MrJocko yang pertama kali merasai kesedapan kek Hakata Torimon ini masing-masing.
Hakata Torimon Jepun
Populariti Hakata Torimon telah meningkat sebagai cenderamata popular dari bandar Fukuoka. MrJocko sendiri menerima Hakata Torimon dari Fukuoka Goverment City sebagai hadiah sempena lawatan kami ke sana.
Kek Hakata Torimon boleh didapati di Kedai Meigetsudo, Lapangan Terbang Fukuoka, Stesen JR Hakata dan banyak kedai-kedai cenderamata di bandar Fukuoka dan sekitar. Kalau nak beli, rasanya lagi bagus beli kat Airport. Tetapi kalau anda tahu lokasi kedai lain yang jual produk ini lebih murah, mungkin boleh beli di sana. MrJocko beli di Airport sebab tak jumpa kek Hakata Torimon ni di tempat lain. 🙂