Kelantan Ada Banyak Lombong Emas
|
Rupanya kat negeri Kelantan, ada banyak emas hinggakan syarikat dari Singapura sanggup datang untung menjalankan aktiviti perlombongan emas di Negeri Cik Siti Wan Kembang itu.
Semalam majlis menandatangani Perjanjian Persefahaman antara Perbadanan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dengan CNMC Goldmine Limited diadakan di sebuah hotel di sini.
Ketua Eksekutif PKINK, Haji Wan Yahya Wan Salleh mewakili perbadanan tersebut, manakala syarikat swasta terbabit diwakili pengerusinya, Zhang Jian.
Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kepakaran yang dimiliki syarikat dari China itu telah menyakinkan kerajaan negeri untuk melaksanakan industri lombong emas di kawasan seluas 2366.08 ekar.
“Kerajaan negeri juga bersetuju menerima tenaga pakar dari negara tersebut dengan syarat rakyat tempatan turut diberi peluang untuk menyumbang tenaga mereka dalam industri ini,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan perjanjian tersebut.
Syarikat CNMC Goldmine Limited adalah di antara syarikat yang berjaya memperolehi projek tersebut daripada 58 syarikat yang memasuki tender. Daripada jumlah tersebut hanya 10 syarikat yang berjaya untuk menjalankan aktiviti lombong emas di kawasan 20,430 ekar tanah di seluruh Kelantan.
Bertuah la tanah siapa yang termasuk dalam lingkungan lombong emas tu. Mesti dapat banyak pampasan dan mesti dah jadi Jutawan Segera. Amin…
MrJocko.com