Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Kelantan FA Ranking Ke-142 Kelab Dunia FIFA Tahun 2012

Sebelum ni pun memang Pasukan Bolasepak Kelantan atau The Red Warriors memang di cemburui oleh banyak pasukan lain di Malaysia. Samada dari segi prestasi yang meningkat, kebangkitan dan sokongan padu penyokong pasukan Kelantan FA meningkat setiap masa. 

Tengok saja kalau ada perlawanan bolasepak di mana-mana stadium. Hampir pasti ramai penyokong Kelantan akan turun menyaksikan perlawanan tersebut. Tak kira la di mana, mesti stadium akan dipenuhi dengan jersi Kelantan. Di Sabah pun mereka sanggup turun.

Ranking Kelab Bolasepak Kelantan

Tak hairan, selepas beberapa tahun ni, Kelantan sudah merangkul beberapa gelaran Juara seperti Juara Piala Liga Super, Juara Piala FA dan terbaru Juara Piala Malaysia 2012. Treble untuk tahun ini dan menjadikan Kelantan FA Ranking terbaik setakat ini.

Berapa kedudukan Kelantan FA Ranking Dunia dalam FIFA setakat hari ini?

Ranking kedudukan pasukan Kelab Bolasepak FIFA terkini membuktikan pasukan Kelantan FA memang hebat bila berkongsi kedudukan ke-142 bersama dengan Kelab Racing dari Argentina. Hebat tu.

Harap Kelantan akan terus menyinar untuk tahun tahun yang akan datang.

Ranking Club FIFA Tahun 2012

Ranking-Bolasepak-Kelantan FA-2012

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.