Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Kelas Memasak Nestlé Omega Plus Di The Cooking House Bangsar

Dalam persediaan untuk musim perayaan yang akan datang, MrJocko menerima jemputan untuk sertai Kelas Memasak Nestlé Omega Plus Di The Cooking House Bangsar. Event ini sempena dengan kedatangan Tahun Baru Cina. Turut sama ialah Dato’ Dr. Rajbans Singh, Pakar Perubatan dan Geriatrik di Pusat Perubatan Pantai, Personaliti Radio TV Wong Chui Ling dan personaliti kecergasan Ms Linora Low.

Bengkel ini bertujuan untuk mendidik perserta tentang tips untuk mengamalkan tabiat makan yang sihat. Malam tersebut juga, MrJocko dan rakan media berpeluang memasak dua menu sihat.

Baca : Siapa lagi Hebat Memasak? Lelaki vs Wanita?

 



 

Kelas Memasak Nestle Omega Plus

Kelas Memasak Nestle Omega Plus

 

Memang tak dinafikan, susu Nestlé Omega Plus berkualiti untuk kesihatan anda. Ya MrJocko pernah minum dalam masa sebulan dua dan ia memang memberikan kesan yang agak baik. Tahap kolestrol boleh turun. Tetapi, tak cukup kalau makan sahaja, kena la ada senaman keluarkan peluh sikit.

Ada yang tanya,  susu Nestlé Omega Plus boleh menguruskan kolesterol kerana ia mengandungi Acticol®, sejenis sterol tumbuhan yang membantu blok kolesterol jahat daripada memasuki badan.

 

Kelas Memasak Nestlé Omega Plus Di The Cooking House Bangsar Kelas Memasak Nestlé Omega Plus Di The Cooking House Bangsar Kelas Memasak Nestlé Omega Plus Di The Cooking House Bangsar

 

 

MrJocko dan rakan media dibawa untuk belajar memasak 2 menu sihat sempena dengan musim perayaan Chinese New Year. Kali ini MrJocko belajar cara buat smoke salmon dan juga udang tepung Omega Plus. Dua menu ini senang sahaja nak buat dengan resipi mudah. Rasa dia semestinya sedap

Ramai tahu, salah satu faktor risiko utama yang menyumbang kepada penyakit jantung pada masa kini adalah kolesterol tinggi. Sebab itu, kena kurangkan makanan berlemak untuk mengelak dari sakit jantung. 

 

Resipi Baked Smoked Salmon Kelas Memasak Nestlé Omega Plus Di The Cooking House Bangsar Yee Sang

 

Bengkel berakhir dengan sesi interaktif mengenai tips lain yang berguna untuk mengekalkan gaya hidup yang sihat dengan mengambil kira kehidupan tekanan orang dalam keadaan semasa.

Tahniah buat Nestlé Omega Plus yang aktif dalam memulakan aktiviti-aktiviti kesedaran tentang kesihatan, khususnya kesihatan jantung. Ini bukan iklan berbayar, tetapi, anda memang seharusnya mencuba Susu Nestle Omega Plus ini untuk mengurangkan tahap kolestrol anda. 

Cuba dulu susu Nestle Omega Plus untuk sebulan dan rasai perbezaannya.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.