Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Kelayakkan Piala Asia Bawah 22 Malaysia vs Korea Selatan

Kelayakkan Piala Asia Bawah

Keputusan Kelayakkan Piala Asia Bawah 22 Malaysia vs Korea Selatan

Malaysia terpaksa akur dengan kekalahan pada perlawanan pembukaan hari ini setelah kalah kepada Korea Selatan dengan jaringan Malaysia 2 – 3 Korea Selatan.

Malaysia terlebih dahulu mendapatkan jaringan pada minit ke-8 dengan jaringan Arasu, tetapi kemudiannya disamakan dengan jaringan Kim Hyun-Hun pada minit ke-13.Selepas itu Korea Selatan mendapatkan gol kedua dan ketiga melalui jaringan Pak Kwang- Il dan Jeong Jong-Hee menjadikan mereka kukuh mendahului 3 gol berbalas 1 Malaysia.

Jaringan kedua Arasu pada minit ke-62 tidak dapat mengejar gol Korea Selatan, akhirnya tunduk kalah pada perlawanan tadi di Stadium Thuwunna, Myanmar.

Persaingan dalam kumpulan G ini akan diteruskan dengan perlawanan Malaysia yang akan menentang Myanmar, Chinese Taipei, Vietnam dan Philippines.

Keputusan penuh perlawanan Kelayakkan Piala Asia Bawah 22 tahun pada 23 Jun 2012, Piala Asia AFC 2014 Bawah 22 tahun antara Malaysia vs Korea Selatan berakhir dengan Malaysia 2 – 3 Korea Selatan.

2 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.