Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Kelebihan Perlaksanaan PKP Malaysia Untuk Kaki Travel

Saat satu dunia terkurung akibat pandemik Covid-19, hampir 2 tahun nampaknya seluruh dunia tiada aktiviti pelancongan yang aktif. Ada kebaikkan yang boleh kita ambil dari pandemik ini. Masa untuk menyimpan duit dan rancang ke destinasi impian anda. Saya kongsi pandangan kami tentang Kelebihan Perlaksanaan PKP Malaysia Untuk Kaki Travel.

Kalau sebelum ini, ramai yang travel setiap tahun, kini pastinya bajet untuk kembara kita selama 2 tahun yang lepas boleh kita satukan untuk kita penuhi impian percutian terbaik kita di kemudian hari. Mungkin, selepas sempadan dibuka, kita boleh penuhi impian percutian tersebut.

Baca : Pakej Private Travel Murah Ke Negara Jepun Bersama Kami

kelebihan pkp malaysia

 


Kelebihan Perlaksanaan PKP Malaysia Untuk Kaki Travel

Kelebihan Perlaksanaan PKP Malaysia Untuk Kaki Travel 01 copy
 

1. Kita Jimat Kos Pengangkutan Ke Pejabat.

Musim PKP, kebanyakkan pekerja disarankan bekerja di rumah. Malah, ada sesetengah syarikat mewajibkan pekerja mereka berkerja dari rumah untuk menguruangkan risiko jangkitan penyakit Covid-19 .

Bila ramai bekerja dari rumah, ramai yang akan lebih jimat dari segi penjimatan kos pengangkutan ke pejabat. Untuk mereka yang membelanjakan sekitar RM500 sebulan untuk pengangkutan, ia pasti satu penjimatan yang besar.

2. Kita Dapat Jimatkan Kos Makan.

Kita mungkin dapat menjimatkan kos makanan sarapan pagi dan makan tengahari. Apabila satu keluarga berada di rumah, kebanyakkan dari kita akan mula memasak. Sudah pasti banyak yang boleh kita jimat bila memasak untuk keluarga. Sarapan pagi, makan tengahari termasuk makan malam. Kami sendiri boleh jimat sekitar RM300 sebulan untuk makanan kerana setiap hari memasak dan beli stok makanan di pasaraya dengan jumlah yang lebih murah.
 

Kelebihan Perlaksanaan PKP Malaysia Untuk Kaki Travel 02
Travel Bajet Ke Thailand

 

3. Kita Boleh Berjimat Membeli Barangan Dapur.

Membeli barangan dapur secara pukal akan menjimatkan wang dalam jangka masa panjang. Dengan merancang keperluan masa depan kita, kita dapat membeli barang-barang dapur dengan lebih teratur, untuk satu keluarga.

4. Kita Menyimpan Duit Lebihan.

Oleh kerana ramai rakyat Malaysia tidak boleh ke shopping mall, tidak boleh lepak di kedai Mamak dan bersantai di luar, makan pergerakkan terhad di rumah. Sudah pasti ada beberapa rutin membeli baragan tidak perlu sebelum ini sudah tidak sesuai dengan kita. Mungkin tidak ada lagi Kopi mahal, tidak ada lagi Kek Mahal dan macam-macam lagi. Duit yang lebih, simpan dahulu untuk kegunaan bajet travel di masa depan.

5. Kita Lunaskan Hutang Jangka Pendek.

Untuk memastikan mempunyai lebih banyak pendapatan boleh guna dikemudian hari untuk menampung perbelanjaan harian kita, kita seharusnya rancang untuk melunaskan hutang jangka pendek yang kita ada secepat mungkin. Ini akan beri lebih wang tunai dan mengurangkan perbelanjaan faedah bulanan.

Baca : Status Kes Harian Terkini Dari Kementerian Kesihatan Malaysia

Cadangan ini hanyalah beberapa idea untuk kita mengawal inflasi dalam kehidupan kita secara berterusan. Cara ini bukan untuk mengubah gaya hidup kita, tetapi boleh mengubah cara kita berfikir.

Jika kita nak travel, sebaiknya simpan duit dengan betul supaya kita boleh merealisasikan impian tersebut. Jangan sesekali menggunakan wang simpanan kecemasan untuk tujuan melancong.

Sudah hampir 16 bulan, sepatutnya kita sudah ada satu dana lebihan untuk impian percutian kita. Tak kira ke mana destinasi kita, rancanglan percutian anda dan simpan duit ketika musim PKP ini jika anda rancang untuk travel dalam masa setahun dua nanti. InsyaAllah.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.