Pengalaman Naik Bot Lihat Kelip Kelip Kuala Sepetang Perak
|Kelip Kelip Kuala Sepetang Perak kini semakin terkenal sebagai salah satu destinasi wajib kalau berkunjung ke Taiping, Larut dan Matang. Aktiviti melihat kelip-kelip di Sungai Kuala Sepetang sudah lama menjadi salah satu tarikan utama di persisir Paya Laut Larut Matang ini.
MrJocko turut sertai aktiviti melihat Kelip-kelip (Fireflies) sekitar Sungai Kuala Sepetang bermula seawal jam 7.30 malam.
Baca : Tempat Menarik Di Negeri Perak
Kelip Kelip Kuala Sepetang Perak
Perjalanan untuk melihat Kelip-kelip ini bermula dari jeti Jabatan Perhilitan Kuala Sepetang dan menyusuri Sungai Sepetang sejauh lebih kurang 5 kilometer. Di sungai ini kita dapat lihat ribuan Kelip-kelip menyinari daun pokok di sepanjang hutan paya laut di Kuala Sepetang.
Memang unik Kelip kelip di Kuala Sepetang ini kerana ia mempunyai 3 jenis Kelip-kelip yang berbeza. Di Kelip kelip Kuala Sepetang, anda akan dapat lihat jenis Kelip-kelip yang menyala lama, menyala secara rawak dan menyala secara serentak.
Peluang nak ambil gambar Kelip Kelip Kuala Sepetang memang susah. Anda memang memerlukan kamera profesional dan juga skil yang tinggi untuk merakam cahaya kelip-kelip tersebut.
MrJocko tak berjaya merakam gambar kelip-kelip di Kuala Sepetang walau menggunakan kamera dan video. Gambar kelip-kelip Kuala Sepetang ini MrJocko ambil dari Facebook Pak Abu, salah seorang Pegawai Hutan Jabatan Perhilitan terbaik di Kuala Sepetang.
Kalau anda cameraman profesional, apa kata ke Kuala Sepetang dan rakam banyak-banyak gambar kelip-kelip atau dolphin di sana. Sudah pasti ramai yang mencari gambar Kelip Kelip Kuala Sepetang dan dolphin Kuala Sepetang Perak.
Keep on writing, great job!