Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Kem Badminton Astro 2014

Berita baik buat golongan belia dan generasi muda yangbercita-cita untuk menjadi jagoan badminton negara kerana Astro sekali lagi akanmenganjurkan Kem Badminton Astro yang akan mula dibuka untuk pendaftaran khas buatkanak-kanak berumur 10 hingga 12 tahun yang mempunyai bakat dan minat mendalamterhadap sukan badminton. Sesi latihan percubaan akan diadakan di enam buah negeri iaitu Penang, Johor, Terengganu, Sabah, Sarawak dan Kuala Lumpur dari 17 Mei hingga 23Ogos 2014. Kem Badminton Astro adalah sebahagian daripada kerjasama antara Astro, KementerianPendidikan Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan, Persatuan Badminton Malaysia (BAM)dan Sekolah Badminton Li Yongbo. Program ini bertujuan untuk memberikan peluang buatbakat-bakat muda menjalani struktur latihan dan pelbagai aktiviti bagi meningkatkan potensimereka dalam sukan ini dari pemain amatur kepada pemain bertaraf dunia di sampingmemupuk minat mendalam serta penyertaan yang lebih ramai daripada generasi muda. David Yap, Pengarah Hal Ehwal Komuniti Astro berkata “Kami sangat berbesar hati denganmaklum balas positif yang kami terima melalui penganjuran program ini. Program initernyata telah berjaya menggilap potensi para pemain, meningkatkan kemahiran badmintondan memantapkan kekuatan fizikal serta mental mereka. Penganjuran program pembangunanbelia Kem Badminton Astro untuk tahun ini merupakan sesuatu yang istimewa tatkala bakat-bakat muda yang terpilih akan diberikan peluang untuk merasai pengalaman berhargamenjalani latihan dan berentap di Sekolah Badminton Li Yongbo yang berprestij”. Untuktahun ini, program pembangunan belia Kem Badminton Astro dikendalikan oleh barisanjurulatih professional yang diketuai oleh bekas pemain badminton nombor satu dunia, Wong Choong Hann dan beliau akan dibantu oleh tiga orang lagi bekas pemain badminton negaraiaitu Lee Wan Wah, Chan Chong Ming dan Chew Choon Eng. Seramai 60 peserta yang berpotensi akan dipilih daripada sesi latihan percubaan untukmenjalani latihan intensif selama seminggu bagi meningkatkan tahap kemahiran, kecergasandan strategi mereka. Seusai sahaja latihan intensif di Kuala Lumpur, seterusnya seramai 30peserta terbaik akan diberikan peluang untuk menjalani Latihan Intensif Lanjutan selama duaminggu di pusat latihan badminton terkemuka dunia iaitu Sekolah Badminton Li Yongbo di Dongguan, China pada hujung tahun ini. Akademi tersebut yang dinamakan bersempenadengan ketua jurulatih pasukan badminton negara China itu diketuai oleh Tang Xianhu yangbertindak selaku pengetua dan merupakan seorang jurulatih badminton terkemuka yang telahmelatih ramai pemain badminton masyhur negara China antaranya Lin Dan. Akademi inijuga menjadi pusat latihan pasukan kebangsaan serta menyediakan salah satu strukturprogram latihan terbaik di dunia. Tang Xianhu, Pengetua Sekolah Badminton Li Yongbo berkata, “Saya berasa sangat gembiraatas kesedaran sebuah syarikat perbadanan seperti Astro akan kepentingan untuk memupukserta melahirkan pelapis jaguh badminton dunia sedari awal lagi. Saya teruja untuk melihatkerjasama di antara Kem Badminton Astro dan Sekolah Badminton Li Yongbo dalam melatihbakat-bakat muda dari Malaysia. Untuk berdekad lamanya, negara China dan Malaysia telahmelahirkan ramai pemain badminton terbaik dunia. Saya percaya melalui interaksi danlatihan yang dijalani oleh bakat-bakat muda dari dua negara ini akan meningkatkan lagikualiti barisan jaguh badminton masa depan ke tahap yang lebih tinggi”. Bagi yang berminat untuk menyertai program ini, sila mendaftar secara atas talian diwww.astrokasih.org/kembadminton. Harap maklum bahawa pendaftaran langsung pada harisesi latihan (walk in registration) tidak akan dilayan. Sertai program pembangunan belia Kem Badminton Astro dan rebut peluang ini untukmenjadi pelapis pemain badminton professional negara. Butiran sesi-sesi latihan percubaanadalah seperti berikut :-

No
Tarikh
Lokasi
1
Sabtu, 17 Mei 2014
Dewan Badminton Berapit,Bukit Mertajam, Pulau Pinang
2
Jumaat, 23 Mei 2014
Dewan Persatuan Badminton Larkin,Johor Bahru, Johor
3
Jumaat, 13 Jun 2014
Stadium Negeri Kuala Terengganu,Terengganu
4
Sabtu, 9 Ogos 2014
Dewan Badminton Kompleks Sukan Likas,Kota Kinabalu, Sabah
5
Sabtu, 16 Ogos 2014
Thumb’s Up Badminton Academy,Sibu, Sarawak
6
Sabtu, 23 Ogos 2014
Pioneer Badminton Centre,Kuala Lumpur

 Untuk maklumat lanjut berkaitan Kem Badminton Astro, sila layariwww.facebook.com/astrokasihmalaysia.   Glamorous MrJocko

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.