Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Kemalangan Tren LRT KLCC RapidKL Ramai Yang Parah Dan Cedera

Hari ini sekitar jam 8.45 malam kita rakyat Malaysia dikejutkan dengan kejadian Kemalangan Tren LRT KLCC RapidKL Ramai Yang Parah Dan Cedera. Di saat ramai yang mungkin dalam perjalanan pulang untuk hari bekerja di minggu ini sebelum esok perlaksaan PKP 3.0 yang diperketatkan bermula esok 25 Mei 2021, kejadian ini mengejutkan semua orang.

Ada kemalangan keretapi, Tren laluan LRT KLCC ke Kelana Jaya bertembung dengan Tren laluan LRT Gombak. Makluman awal Prasarana Malaysia Berhad mengesahkan bahawa perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya mengalami kemalangan sebentar tadi melibatkan tren bernombor 40 dan 81. Kerja-kerja menyelamat sedang dijalankan dengan secepat mungkin.

Baca : Perkhidmatan Bas RapidKL Percuma Sekitar Bandar Kuala Lumpur

 


Kemalangan Tren LRT KLCC RapidKL Ramai Yang Parah Dan Cedera

Kemalangan LRT RapidKL Ramai Yang Parah Dan Cedera copy

Kemalangan LRT RapidKL Ramai Yang Parah Dan Cedera-01

Kemalangan LRT RapidKL Ramai Yang Parah Dan Cedera-02

Kemalangan LRT RapidKL Ramai Yang Parah Dan Cedera-03
 

“KEMALANGAN MELIBATKAN TREN LRT, – LALUAN KELANA JAYA, JALAN AMPANG, KLCC
Pada 24 MEI 2021, jam 2045, satu kemalangan telah berlaku melibatkan dua buah KOC Tren LRT bertempat Laluan Kelana Jaya di Stesen KLCC – KJ 10, Jalan Ampang, KUALA LUMPUR.

Siasatan Awal.

1. Jam 2045, berlaku pelanggaran antara Koc Tren LRT dari Stesen KLCC menghala ke Stesen Kampung Bharu yang dipandu secara automatik dengan KOC daripada Stesen Kg Bharu menghala ke Stesen KLCC dipandu secara manual. Pemandu Koc daripada stesen KLCC tidak dapat “Detect” koc daripada Kampung Bharu kerana berlaku “Miscommunication” daripada pusat kawalan.

2. Jam 2130, setakat ini jumlah mangsa yang terlibat belum dapat dipastikan kerana kerja-kerja penyelamatan sedang dijalankan oleh Pihak BOMBA, PDRM dan JPAM dibantu bersama staff Rapid.”

Ini antara maklumat yang kami dapat di Facebook Malaysia Gazette, Friends of PDRM dan juga Astro Awani.

SILA DAPATKAN MAKLUMAT YANG BETUL DARI SUMBER YANG SAHIH SAHAJA. JANGAN TERPENGARUH DENGAN BERITA PALSU DAN BERITA TIDAK BENAR

Semenjak pandemik CoronaVirus Covid-19, dan lebih 2 tahun rasanya memang tak pernah lagi kami naik LRT ke mana-mana lokasi. Tambah-tambah musim PKP ini, kami hadkan pergerakkan. Tambah lagi naik kenderaan awam yang memungkinkan kemungkinan terdedah kepada jangkitan Covid-19, jika kita tidak betul-betul beringat.

Jarang sangat di Malaysia berlaku kemalangan LRT RapidKL seperti ini. Adakah ini pertama kali? Tak pasti. Sebelum ini rasanya ada, keretapi tergelincir tetapi kemalangan biasa dan tidak seteruk ini.

Secara umum, laluan keretapi ini antara laluan utama bagi pengguna LRT RapidKL sejak dulu lagi. Dengar kata ribuan pengguna terkandas dan terpaksa menggunaka pengangkutan alternatif lain.

Semoga tidak ada kemalangan jiwa dilaporkan dan semoga yang cedera parah dan cedera ringan akan kembali sihat dengan segera. Amin…

Sumber : Malaysiakini Keretapi Laluan KLCC Kemalangan

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.