Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Kemeriahan Night Life Di Jalan Kartika Bali Indonesia

Antara lokasi tumpuan pelancong di Bali ialah sekitar Pantai Kuta. Sebab itu, Jalan Pantai atau Kuta Beach Street, antara jalan yang paling terkenal di Bali. Pun begitu sebenarnya, selain Jalan Pantai Kuta, night life di Jalan Kartika Bali juga antara lokasi tumpuan pelancong kalau ke Bali, Indonesia.

Sepanjang Jalan Kartika, ada banyak pilihan hotel 4 Bintang, 3 Bintang mahupun hotel bajet di Bali, semuanya menyediakan servis penginapan antara yang terbaik di Bali. Sebab, di sini, lokasi yang sering menjadi pilihan pelancong untuk penginapan, shopping, hiburan dan juga makanan. 

Jarak Jalan Kartika Bali ini tidak lah jauh mana dari Pantai Kuta. Ia antara pilihan lokasi penginapan yang menarik, selain Jalan Pantai Kuta, kerana semuanya ada di sini. Sudah tentu, rate sekitar ini tidak jauh beza dengan lokasi tumpuan pelancong di Pantai Kuta Bali, namun dengan servis dan lokasi, ia memang menjadi pilihan utama.

Baca : Tempat Menarik Destinasi Pelancongan Di Bali Indonesia

 


Kemeriahan Night Life Di Jalan Kartika Bali Indonesia

Jalan Kartika Bali Indonesia
 

Apa yang menarik di Jalan Kartika Bali, ia antara pilihan selain Jalan Pantai Kuta untuk menu makanan malam, shopping dan juga hiburan. Jangan pelik kalau jalan yang hanya seluas 2 kereta ini adalah jalan 2 lorong dan sentiasa sesak dengan kenderaan, lebih-lebih lagi kereta sehingga lewat malam. Seeloknya, jika anda ingin menaiki teksi, elakkan dari mengambil lorong sepanjang Jalan Kartika sebagai laluan utama. Jika tidak, terperangkap di Jalan Kartika Bali, memang akan membuatkan anda stress.

Lokasi sepanjang Jalan Kartika boleh dikatakan dipenuhi dengan Restoran dan Bar. Ia tumpuan Mat Salleh, dan sebenarnya tidak sesuai dengan budaya orang Muslim. Jadi kalau anda ingin mencari lokasi menu makan malam, sebaiknya ke luar sedikit dan menghala ke arah Jimbaran untuk menu makanan laut yan terbaik.

 

 

Jalan Kartika Bali 01 Jalan Kartika Bali 05

Jalan Kartika Bali 02 Jalan Kartika Bali 03

 

Untuk pilihan night market dan night life di Jalan Kartika Bali, ramai yang kata, Jalan Pantai Kuta ada pilihan yang terbaik. Ada banyak juga gerai kecil di kaki lima yang menjual barangan cenderahati dan kraf untuk pelancong. Harga di sekitar ini agak murah dan ia memang boleh di tawar menawar.

Memandangkan MrJocko menginap di Bali Dynasty di Jalan Kartika, jarak untuk ke sana hanya beberapa meter dan berjalan kaki adalah pilihan terbaik. Jangan risau, kalau penat di Jalan Kartika Bali, ada banyak tempat untuk anda singgah rehat dan mengurut kaki dengan hanya harga sekitar RM30 selama satu jam. Murah kan?

Terbang ke Bali dengan AirAsia dan dapatkan pakej terbaik di AirAsiaGo.com

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.