Kemeriahan Japan Fest 2015 Di Avenue K
|Avenue K, sebuah Shopping Mall baru yang kian menjadi pilihan kaki shopping, kaki makan, kaki jalan dan juga kaki event. Lokasinya yang terletak strategik di tengah kotaraya Kuala Lumpur, berdekatan dengan Menara Berkembar Petronas, stesen LRT Putra yang mudah akses serta mempunyai ruangan parkir tersendiri.
Bermula dari 19 Oktober 2015 sehingga 1 November 2015, shopping mall Avenue K telah menganjurkan pelbagai aktiviti menarik di ruang legar pusat membeli belah ini serta setiap tingkat Avenue K untuk bersama-sama meraikan kemeriahan Japan Fest 2015.
Selama 14 hari kemeriahan Japan Fest 2015 di Avenue K ini, pengunjung berpeluang menyaksikan pelbagai aktiviti menarik yang disediakan kepada semua bakal pengunjung, samada untuk kanak-kanak, remaja, dewasa, mahupun kepada golongan warga emas, hanya di Avenue K.
Japan Fest 2015 Di Avenue K
Cosmart 2015 di Avenue K
Peluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik dengan peraduan ‘Spend RM50 & Above To Stand A Chance To Win Up To RM80,000 Worth Of Prizes’ di pusat membeli belah Avenue K. Setiap hari, ‘big spender’ yang membelanjakan jumlah amout terbesar di Avenue K bakal menerima hadiah-hadiah menarik termasuk Wireless Speaker, Tablet, Beauty Treatment dan banyak lagi.
Sepanjang tempoh promosi di Japan Fest 2015 Avenue K, anda akan dapat melihat pameran Doraemon Merchandise Fair, jualan Buku Komik di Popular Book Store, Robot Exhibition, Ramen Eating Competition, Duck Fishing Challenge dan kemuncak ialah Cosmart 2015 yang julung-julung kali di adakan di Avenue K.
Restoran Tokyo Pastry di Avenue K
Ya, shopping mall ini memang menarik untuk dikunjungi. MrJocko sangat selesa membeli belah di Daiso, makan dan minum di Tokyo Pastry serta membeli buku untuk anak-anak di Popular Book Store. Tak nak risau pasal kesesakan lalu lintas, naik sahaja LRT Putra dan terus stop di underground station di Avenue K.
Banyak lagi promosi setiap hari yang menarik di tawarkan di Avenue K. Tambah lagi, menghampiri hujung tahun, pasti ada sahaja diskaun, promosi, gifts serta pameran-pameran yang akan diadakan di Avenue K. Dengar kata, penganjur akan menganjurkan promosi dan kempen Jualan sempena tema Christmas 2015 Avenue K’s Holiday Shopping Spree 3.0 tidak lama lagi.
Jom shopping di Avenue K, Kuala Lumpur.