Kemeriahan Bunga Api Dari Puncak Menara KL
Sambut Tahun Baru 2016 dengan percikan bunga api. Kalau sebelum ini melihat percikan dari rumah sahaja, kali ini MrJocko dan keluarga menyaksikan kemeriahan Lighting Show dari Menara KL. Ini pertama kali, kami melihat percikan Bunga Api dari puncak Menara KL yang gah di bandaraya ini.
Baca : Upside Down House Menara Kuala Lumpur
Tawaran Pakej Menarik Menyaksikan Bunga Api dari Puncak Menara KL
My Kids yang excited nak tengok bunga api di Menara KL
Ini pertama kali kami sekeluarga melihat ribuan percikan cahaya bunga api sempena dengan kedatangan Tahun Baru 2016 dari ketinggian 421 Meter di Observation Deck Menara KL. Meriahnya kali ini kerana pengunjung disambut dengan keramahan staff Menara KL dan diberikan Voucher Cetakan 3D Gambar oleh pihak Menara KL dan penaja.
Tepat jam 12.00 tengah malam bermulanya saat pertama 1 Januari 2016 ia di sambut dengan percikan bunga api di sekitar Kuala Lumpur.
Paling jelas bunga api dari sekitar KLCC, Bukit Bintang dan beberapa kawasan lain sekitar Kuala Lumpur. Percikan dan limpahan cahaya bunga api sempena dengan kedatangan Tahun Baru 2016 di sekitar Kuala Lumpur memang masih meriah, walaupun tidak sebanyak beberapa tahun yang dahulu.

Semestinya, di Menara KL adalah salah satu lokasi menarik untuk anda melihat percikan bunga api dengan cara yang berbeza dari sebelumnya. Di Observation Deck Menara KL sebenarnya anda boleh melihat 360 darjah pemandangan seluruh Kuala Lumpur dan pilih view bunga api mana yang menjadi pilihan anda untuk dinikmati bersama kawan atau keluarga.
Pakej yang menarik memang disediakan oleh pihak penganjur, Menara KL dan juga penganjur bersama dalam memastikan kemeriahan sambutan Tahun Baru di Menara KL.
Related Posts
-
Misi Mencari Rumah BaruNo Comments | Mar 31, 2014
-
Nong Nooch Botanical Garden Yang Indah Di Pattaya
No Comments | Mar 3, 2016 -
Lagi lagi IKEANo Comments | Oct 7, 2006
-
Lapangan Terbang Antarabangsa Narita Jepun3 Comments | May 29, 2012
About The Author
MrJocko
I'm Travel Blogger Malaysia. MrJocko is a multiple award-winning travel writer, tv host, photographer and social media influencer based in Kuala Lumpur, Malaysia. Been collaborating and writing for many tourisms and travel since 2000.
Add a Comment
Cancel reply
This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.