Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Kempen Buy Muslim First Harga Menu Ramly Burger

Sejak beberapa bulan yang lepas, ekoran dari beberapa isu nasional, ramai rakyat Malaysia khususnya kaum Melayu dan beragama Islam mula mengorak langkah dalam mengutamakan produk Halal Muslim ketika berbelanja. Untuk edisi ini, saya nak sokong Kempen Buy Muslim First dengan memperkenalkan Harga Menu Ramly Burger.

Dalam blogpost edisi Kempen #BMF ini, rasanya elok saya berkongsi maklumat tentang Harga Menu Ramly Burger yang dijual seluruh Malaysia, termasuk beberapa kiosk dan restoran Ramly Bistro di Kuala Lumpur dan RNR.

,h4>Kempen Buy Muslim First Harga Menu Ramly Burger

kempen buy muslim first produk ramly burger 01 copy

Untuk info semua, kempen ‘Buy Muslim First’ di Malaysia ini bukanlah bertujuan untuk memboikot mana-mana produk. Ia hanya satu kempen untuk mengutamakan produk Halal Muslim dan Produk Buatan Malaysia. Ini kerana dalam ajaran Islam sekalipun, menegaskan bahawa sekiranya umat Islam membeli produk Halal Muslim dari orang Islam, mereka sudah mengumpul pahala secara tidak langsung.

Lagipun, secara teori mudah, hanya orang Islam yang lebih memahami maksud sebenar Halal Muslim, berbanding mereka yang Non Muslim.

Ada ramai juga yan tidak setuju dengan kempen #BMF ini. Katanya ia umpama nak boikot produk lain. Betul ke Boikot?

Kalau anda pernah ke Jepun, Korea, Thailand dan beberapa negara lain, mereka mengutamakan produk mereka berbanding jenama lain. Korea paling ketara bila mengeluarkan sendiri produk elektronik, kereta dan macam-macam lagi. Produk Korea, dibuat oleh orang Korea dan di beli oleh orang Korea. Pusingan ekonomi tersebut berpusing sesasam mereka tidak bocor ke luar negara. Baguskan???

kempen buy muslim first produk ramly burger 02
Kempen Buy Muslim First Produk Ramly Burger

kempen buy muslim first produk ramly burger 01

kempen buy muslim first produk ramly burger 03

kempen buy muslim first produk ramly burger 04

Secara peribadi, sudah banyak kali kami sekeluarga singgah untuk makan tengahari dan makan malam di Ramly Burger Bistro Taman Batu Muda Kuala Lumpur. Ia memang lokasi terbaik dengan hidangan menu yang sedap, murah dan berkualiti.

Tengok sahaja harga burger, benjo, roti johan, nasi goreng dan banyak lagi menu lain Ramly Bistro, ia adalah harga yang lebih murah berbanding produk lain seumpamanya.

kempen buy muslim first produk ramly burger 05

kempen buy muslim first produk ramly burger 06

Favourite anak bongsu saya, Grill Chicken Chop Ramly Burger. Manakala wife suka makan Roti Johan. Khasliha dan Hasya suka makan nasi goreng serai. Saya sendiri, Egg Benjo dia memang terbaik.

Sudah beberapa kali makan di sini, kenyang sekeluarga, tetapi hanya bayar sekitar RM50 sahaja. Berbaloi-baloi.

Apapun, dalam menyokong kempen Buy Muslim Product First ini perlu dengan cara yang betul. Jangan cuba apikan isu perkauman dan juga sebut ‘boikot’ jenama tertentu. Kalau kita tak nak beli, terpulang. Duit kita, suka hati kita nak beli barang apa dan daripada sesiapa pun.

Untuk dapatkan maklumat tambahan tentang komen orang ramai dan berita terkini tentang Kempen #BMF ini, boleh semak beberapa pautan Berita Nasional di bawah :

Kempen Buy Muslim First #BMF tingkatkan jualan produk Muslim khususnya di Malaysia sehingga 3 kali ganda – Sumber : Sinar Harian

Sokongan kepada kempen Buy Muslim First pecahkan Oligopoli Ekonomi – Sumber : Utusan Malaysia

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.