Kempen Masyarakat Penyayang Ayam Brand ‘Ikan Berkhasiat, Diet Yang Sihat’
|
Ayam Brand Memperkenalkan Kebaikan Khasiat Pemakanan Ikan kepada Golongan Kurang Bernasib Baik Menerusi Kempen Masyarakat Penyayang ‘Ikan Berkhasiat, Diet yang Sihat’ 2013 bertempat di Petrosains KLCC baru-baru ini. Dalam kempen ini, pihak Ayam Brand berbesar hati dengan menghulurkan bantuan kepada 2,200 penghuni-penghuni di 45 rumah kebajikan tempatan seluruh negara dengan produk makanan bertin selama dua bulan. Lapan rumah kebajikan di Lembah Kelang jadi penerima.
Majlis pelancaran kempen ini tersebut di berikan kepada Rumah Sayangan, Persatuan Pemulihan Orang-Orang Cacat Selangor & Wilayah Persekutuan, Persatuan Rumah KIDS, Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah ( RACTAR ), Yayasan Sunbeams Home, Rumah Juara Petaling Jaya, House of Joy dan Trinity Community Children Home Society.
Badan-badan kebajikan dari Perak, Kedah, Johor, Pulau Pinang, Pahang, Terengganu, Negeri Sembilan, Sabah & Sarawak juga menjadi penerima bagi kempen ini.
Menurut Pengerusi Ayam Brand, Tunku Dato’ Mu’tamir bin Tunku Tan Sri Mohamed, matlamat kempen ini adalah untuk menggalakkan pengambilan diet pemakanan yang sihat dengan menyertakan pengambilan ikan di kalangan rakyat Malaysia. Ikan di anggap diet yang sihat kerana ia membekalkan vitamin dan mineral yang penting untuk badan kita dan pihak berkuasa kesihatan mengesyorkan pengambilan ikan sekurang-kurangnya 2-3 kali seminggu.
“Ayam Brand berbesar hati dapat membantu organisasi-organisasi kebajikan ini menerusi sumbangan produk kami yang di harap dapat mempelbagaikan diet seharian mereka di samping menawarkan variasi, kemudahan dalam menyediakan makanan yang seimbang dan berkhasiat untuk penghuni-penghuni di rumah-rumah kebajikan ini” kata Tunku Dato’ Mu’tamir bin Tunku Tan Sri Mohamed.
Bagi memupuk sikap berdikari di kalangan kanak-kanak di rumah-rumah kebajikan ini, Ayam Brand memeriahkan lagi kempen tersebut menerusi pertandingan ‘Juadah Ikan Kegemaran Saya’ di mana pasukan-pasukan yang terdiri daripada 2 peserta dari setiap rumah kebajikan akan bertanding dengan memasak satu hidangan ikan kegemaran mereka dengan menggunakan produk-produk Ayam Brand.
Dihari pelancaran kempen Masyarakat Penyayang tersebut, selebriti dan juga Pengacara Radio terkenal Hunny Madu juga turut sama-sama menghiburkan anak-anak dan mereka yang kurang bernasib baik ini dalam aktiviti pertandingan Masakan antara Rumah-rumah Kebajikan yang mengambil bahagian.
Produk Ayam Brand ini sememangnya mempunyai banyak pilihan dan yang paling MrJocko suka ialah rangkaian makanan Sardin dalam Tin keluaran syarikat Ayam Brand ini. Untuk maklumat lanjut berkenaan produk Ayam Brand, boleh layari laman Web Ayam Brand atau Facebook Fanpage Ayam Brand.