Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Kempen Promosi Acara Pelancongan Tourism Kuala Lumpur

Ini dia, Kempen Promosi Acara Pelancongan Tourism Kuala Lumpur. Minggu ini, warga sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan juga Putrajaya amat bertuah dengan penganjuran tiga (3) acara utama pelancongan yang akan di adakan di Putrajaya dan juga Kuala Lumpur, selang berselang dan pada minggu yang sama. Tiga (3) acara tersebut ialah Magic of The Night (Keajaiban Malam), Royal Floria (Pesta Flora) dan Kuala Lumpur Big Kitchen 2015.

Berikutan dengan tiga (3) acara utama ini, Tourism Malaysia mengambil inisiatif untuk melakukan aktiviti promosi secara besar-besaran untuk mengajak warga sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan juga Putrajaya untuk turut serta dalam acara yang akan diadakan ini. 

Inisiatif ini dijayakan dengan sokongan terbaik dari pihak bas KL Hop-On Hop-Off (HoHo) yang menaja bas HOHO untuk jelajah sekitar Kuala Lumpur, bermula dari MATIC Jalan Ampang, menuju Menara KL, KLCC, Dataran Merdeka dan kembali ke Restoran Hadramawt Palace Bukit Bintang sebelum menamatkan perjalanan di MATIC.

Tourism Kuala Lumpur Promosi Acara Pelancongan 01 Tourism Kuala Lumpur Promosi Acara Pelancongan 02 Tourism Kuala Lumpur Promosi Acara Pelancongan 04 Tourism Kuala Lumpur Promosi Acara Pelancongan 05 Tourism Kuala Lumpur Promosi Acara Pelancongan 06 Tourism Kuala Lumpur Promosi Acara Pelancongan 07

Setiap persinggahan promosi ini, bersama Wakil Media dan juga Man Raja Lawak, pihak Tourism Malaysia mengedarkan risalah dan juga hadiah-hadiah sempena dengan promosi ini kepada pelancong asing yang berkesempatan bersama-sama jelajah promosi ini.

Nampaknya kemeriahan promosi ini tetap meriah sempena juga dengan Tahun Festival Malaysia 2015 (MyFest 2015) yang masih berlangsung sehingga akhir Disember 2015 nanti.

Anda boleh memilih untuk ke Magic of The Night yang akan di adakan di Putrajaya 28 – 31 Mei 2015 dan Royal Floria pada 30 Mei – 7 Jun 2015 di Putrajaya serta aktiviti makan-makan terbaik di Kuala Lumpur Big Kitchen pada 29 – 31 Mei 2015 di Dataran Merdeka pada hujung minggu ini.

Aktiviti Acara Pelancongan Tourism Kuala Lumpur ini, antara event terbaik kerjasama dari pihak Tourism malaysia di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya untuk anda rakyat Malaysia. Jom ramai-ramai ke sana…!!!

Baca : Tourism Kuala Lumpur VisitKL

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.