Kempen Say No More To McDonalds
|Ramai yang mungkin tidak perasan dengan kuasa beli pengguna sebenarnya. Kalau kita sepakat untuk memboikot sesuatu produk, buat secara konsisten, maka kita boleh menyebabkan produk tersebut mengalami kerugian akibat tiada jualan.
Ambil contoh situasi di Jepun yang mana restoran McD di sana terpaksa ditutup akibat jualan menyusut.
“Rangkaian restoran makanan segera terbesar dunia McDonalds hari ini mengumumkan penutupan 110 cawangan restoran mereka di Jepun. Penutupan besar-besaran ini terpaksa dilakukan kerana mereka tidak mampu lagi menanggung kerugian yang semakin meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini. September lalu jumlah jualan menurun sebanyak 2.2% lagi dan penyusutan ini sudah berlarutan sejak gempa bumi besar yang berlaku tahun lalu.”
Ramai yang tahu, sebahagian dari keuntungan McD ini adalah antara penyumbang kepada ketenteraan Amerika dan support Israel. Israel pula sudah lama menzalimi rakyat Palestin. Maka, sudah tiba masa kita tidak membeli produk yang menyokong peperangan yang mengakibatkan kematian orang-orang yang tidak berdosa.
Jom boikot produk McDonalds. Lagipun, produk-produk makanan segera McDonalds tak bagus untuk kesihatan.

3 Comments
baru ingat nak blanjo demo bikmek..
layan burger bakar je la skang nie
Jon – nak belanja Burger buleh, Otai Burger
Hazman – Burger bakar pun sedap, tp mahal,,,