Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Kempen Welcome To Shell Inisiatif Shell Hargai Pelanggan

Hari ini, Shell Malaysia melancarkan “Welcome to Shell, satu program transformasi yang menjangkau jangka masa beberapa tahun. Kempen Welcome To Shell Inisiatif Shell Hargai Pelanggan. Program ini berkonsepkan industri hospitaliti dan melayan para pelanggan sebagai tetamu. Menerusi perkhidmatan yang peribadi dan ramah mesra, program ini beriltizam memaksimumkan pengalaman mereka di stesen-stesen Shell di seluruh negara.

Malaysia merupakan negara pertama yang melancarkan program Welcome to Shell yang bakal dilaksanakan secara berperingkat. Program komprehensif ini melibatkan latihan dan perkhidmatan hospitaliti bagi memberi jaminan pengalaman terbaik kepada pelanggan, disamping menawarkan pelbagai tawaran baharu serta penambahbaikan di kedai-kedai Shell, antaranya menyediakan pelbagai pilihan makanan dan minuman di bawah jenama deli2go.

Kempen Welcome To Shell

Kempen 'Welcome To Shell'
Kempen ‘Welcome To Shell’

Selain itu, kelengkapan-kelengkapan di stesen Shell seperti surau dan tandas juga akan ditambahbaikan dari masa ke semasa. Menurut perancangan Shell, program ini akan mengambil masa selama tiga tahun dan dijangka selesai pada tahun 2017.

welcome_to_shell_campaign_01 welcome_to_shell_campaign_03 welcome_to_shell_campaign_04

Welcome To Shell Inisiatif Shell Hargai Pelanggan

Secara peribadi, MrJocko memang selalu menggunakan bahan bakar Shell samada Shell FuelSave atau Shell V-Power untuk kereta dan juga motosikal. Nak lagi bagus, boleh guna ‘oils & lubricants’ untuk servis kenderaan secara berkala. Kalau pemanduan jauh, kesan pecutan menggunakan Shell V-Power memang terbaik. Nak travel ke mana-mana memang best dan menyakinkan.

Welcome to Shell adalah janji Shell untuk memberikan perkhidmatan serta menawarkan pelbagai tawaran produk yang bermutu tinggi kepada pelanggan kami. Kami berharap mereka akan berasa teruja dengan pengalaman baharu ini dan kami ingin agar perjalanan mereka lebih baik agar mereka tiba di destinasi dengan hati yang lebih ceria berikutan semua penambahbaikan ini di stesen Shell,” demikian kata Tuan Haji Azman Ismail, Pengarah Urusan, Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd. dan Shell Timur Sdn. Bhd.

Ke arah penambahbaikan Industri Hospitaliti 

Selaku peruncit bahan api yang terkemuka di tanah air, Shell berazam untuk memahami permintaan serta keperluan para pelanggannya, dan sentiasa berusaha mempertingkatkan perkhidmatan yang ditawarkan.

Pada Mei 2015, Shell telah melaksanakan satu kaji selidik bagi memahami kehendak dan keperluan para pemandu di Malaysia berhubung harapan mereka dari segi pengalaman peruncitan di stesen Shell. Kajian tersebut mendapati bahawa kira-kira 72% responden bercadang untuk singgah sebentar di servis stesen untuk berehat. Selain itu, sebanyak 95% responden berpendapat bahawa pekerja yang peramah adalah penting untuk menjamin pengalaman peruncitan yang positif. Kira-kira 94% responden pula berkata mereka ingin menikmati makanan dan minuman yang segar. 90% responden menginginkan tempat rehat yang selesa apabila mereka mengunjungi kedai-kedai runcit.

Dalam program Welcome to Shell, satu latihan komprehensif yang membabitkan lebih 8,000 orang kakitangan di stesen-stesen Shell sedang dijalankan secara berperingkat-peringkat dan dijangka tamat pada 2016. Kakitangan juga akan diberikan peluang untuk mewujudkan pengalaman positif bagi di kalangan pelanggan yang mengunjungi stesen Shell. 

Shell juga akan memberikan wajah baharu kepada kedai Shell Select mengikut reka bentuk baru yang telah memenangi anugerah, serta menyediakan makanan dan minumannya di bawah jenama deli2go yang menawarkan kopi serta pastri yang segar.

Di samping itu, dari segi kelengkapan baharu, penambahbaikan juga telah dirancang untuk stesen-stesen terpilih, termasuk surau dan tandas, kawasan berehat dengan kemudahan Wi-Fi dan mengecas semula peralatan elektronik.

Shell akan terus menerajui standard keselamatan yang terbaik melalui program Welcome to Shell. Para pemandu boleh mendapatkan bantuan di stesen-stesen Shell  apabila diperlukan, kerana kru Shell telah dilatih untuk membantu para pelanggan dalam pelbagai keadaan kecemasan.

Perlaksanaan yang berterusan 

Disebabkan Welcome to Shell merupakan satu program yang berterusan dan berperingkat, para pemandu di Malaysia akan merasai ciri-ciri peningkatan berkenaan secara berperingkat di seluruh negara dalam tiga tahun yang akan datang.

Mengulas mengenai aspirasi terbaharu Shell Malaysia ini, Tuan Haji Azman berkata, “Sejajar dengan pelancaran Welcome to Shell, kami bukan sahaja menetapkan piawaian yang tertinggi dalam industri peruncitan bahan api, malah, kami menjadikan industri hospitaliti sebagai tanda aras demi memberikan mutu perkhidmatan yang tertinggi seperti perkhidmatan yang dialami di hotel. Menerusi inisiatif ini, kami menyasarkan untuk menjadikan Shell sebagai satu jenama yang sinonim dengan layanan baik di jalan raya Malaysia.”

Untuk maklumat lanjut mengenai Welcome to Shell, sila layari www.shell.com.my.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.