Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Apa ada dengan Kenaikkan 30 sen

Tahun 1984 aku masih ingat, aku memulakan sesi pembelajaran aku di Sekolah Kebangsaan Tualang Tinggi. Setelah habis Tabika, aku mula mengenali alam persekolahan yang sebenar. Masa itulah aku betul betul mengenali nilai duit syiling 30 sen.

Seingat aku, aku habiskan nilai 10 sen untuk nasi goreng dan 10 sen untuk air bila waktu rehat. Selebihnya 10 sen, aku gunakan beli air masa pulang dari sekolah, ataupun simpan dalam tabung buluh yang ayah aku sediakan. Begitu berharga dan bernilainya 30 sen pada saat itu, yang mana telah membawa aku sehingga ke darjah 5. Selepas itu la, nilai 30 sen aku rasakan tidak cukup untuk menampung persekolahan aku seharian.

 

Kenaikkan 30 Sen

Then, now, all malaysian “talk-talk” about RM0.30. Since March 1, harga minyak petrol naik RM0.30. Nilai RM0.30 takder la besar buat zaman millenium ni. Cukup untuk sekeping kuih sahaja. Tapi, aku rasa impak tu akan dirasai oleh semua rakyat. Namun, “what to do?”. Bagi aku, ni salah satu cabaran aku, untuk terus kerja dengan lebih rajin.

 

Kalau dulu, boleh jugak sekali sekala idup mewah. pasni, kena la beringat. Yg tak penting, takyah la beli. Yang penting pulak, beli biar berpatutan. Yang ada, selagi boleh pakai, pakai jer la. Harapan cuma satu. Biar hidup tak mewah, tapi, biar kita hidup dengan senang. Ada banyak harta, hati risau tak guna jugak. Lebih baik kita hidup sederhana, tetapi tenang dan berkat. Itu jugak la yang aku cari selama ni. Jadi, nampaknya, bulan depan, kena datang kerja naik motosikal la gamaknyer…

4 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.