Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Kenanga Wholesale City Pusat Borong Termurah Di Kuala Lumpur

Tempat borong barangan termurah di Kuala Lumpur ialah Kenangan Wholesale City yang terletak di Jalan Gelugor di Kuala Lumpur. Kenanga Wholesale City Kuala Lumpur ini semakin terkenal sebagai pusat jualan barangan yang murah secara borong terbesar di Kuala Lumpur.

Kenanga Wholesale City kini dikenali sebagai KWC Fashion Mall, pusat membeli-belah secara borong yang pertama di Malaysia. Ia terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur dan lokasinya hanya beberapa minit dari ‘Segitiga Emas’ Bukit Bintang. Kenangan Wholesale memang pusat memborong pakaian yang murah dan terbaik untuk semua.

Baca : Tempat Borong Jam Casio G-Shock Murah Di Jepun



Kenanga Wholesale City 

Kenanga Wholesale Kuala Lumpur
 

 

MrJocko pertama kali sampai ke Kenanga Wholesale City Kuala Lumpur ini semalam dan bertujuan untuk membawa family membeli belah sempena dengan cuti umum Hari Krismas. Ternyata, pilihan kami untuk membeli belah di Kenanga Wholesale City Kuala Lumpur memang tepat kerana di sini memang banyak kedai-kedai menjual barangan murah secara borong dan paling besar pernah MrJocko lawati.

 

Kenanga Wholesale City Kuala Lumpur

 

Kenanga Wholesale City Kuala Lumpur

 

Kenanga Wholesale City Kuala Lumpur

 

Kenanga Wholesale City Kuala Lumpur

 

Kenanga Wholesale City

 

Bermula dari Tingkat LG, bangunan Kenanga Wholesale di Kuala Lumpur ini penuh dengan kedai-kedai jualan pakaian, perhiasan, aksesori, jewelry, pakaian kanak-kanak, kasut, beg dan banyak lagi sehingga ke tingkat 7. Sangat besar dan banyak kedai-kedai menawarkan harga murah dan borong terbaik untuk pelanggan.

Jika anda seorang yang gemarkan fesyen, di sini anda boleh dapatkan banyak koleksi pakaian dengan rekaan fesyen bari dan cantik serta pelbagai pilihan barangan yang menarik untuk setiap lapisan umur.

Harga di sini biasanya diletakkan dengan harga jualan biasa, tetapi anda boleh beli dengan harga diskaun 50% jika membeli barangan tersebut sebanyak 3 pcs (unit). Contoh, jika harga tertera ialah RM10 bagi satu unit, anda boleh membeli 3 unit dengan harga RM30 setelah ditolak diskaun 50% setiap barangan.

Di sini paling banyak pilihan yang anda boleh pilih untuk beli barangan borong di Kuala Lumpur. Kenanga Wholesale di Kuala Lumpur memang menawarkan pelbagai barangan menarik. Kalau dari segi barang borong, ia lebih kurang sama macam Namdaemun di Seoul – http://www.mrjocko.com/2013/10/namdaemun-market-di-seoul.html

MrJocko dan keluarga sendiri  berada di sini bermula jam 12.00 tengahari sehingga jam 6.00 petang. Banyak yang kami singgah dan memang ternyata banyak barangan murah dengan harga borong di Kenanga Wholesale di Kuala Lumpur.

Jadi, kalau anda mencari lokasi barangan murah dan harga borong di Kuala Lumpur, jangan lupa ke Kenanga Wholesale City di Jalan Gelugor, berdekatan dengan Pasar Pudu di Kuala Lumpur. Lokasi Kenanga Wholesale City dekat dengan Flat San Peng Kuala Lumpur, Stesen LRT Hang Tuah dan juga Jalan Kenanga. Untuk carian mudah, lihat sahaja peta Kenanga Wholesale City Kuala Lumpur yang MrJocko kongsi di sini.

Selamat Membeli Belah dengan harga murah dan borong di Kenanga Wholesale City Kuala Lumpur.

 
 
Kenanga Wholesale City Kuala Lumpur

 

4 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.