Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Kenapa Aku Nak Resign Dari Syarikat Gah Part3

Masih dengan Kenapa Aku Nak Resign dari Syarikat Gah, bagi yang berminat, korang boleh baca Part1 dan Part2 di sini.
Memang kalau ikutkan, ini semua luahan hati seorang staff yang berpangkat ‘kecil’ sahaja. Tetapi, kalau korang berada di sini, bukan setakat level kami, malah level Manager pun ramai yang merungut, bukan nak perbesarkan kes, tapi dah memang realiti.
Kami level bawah ni, memang tak boleh nak buat apa dah. Paling kronik, kami tiada “Kesatuan” yang boleh menyuarakan Pandangan Kami sebagai staff kepada pihak atasan. Agak kelakar jugak bila di fikir kan bila syarikat yang besar seperti ini, tidak punya Kesatuan Pekerja. Dengan erti kata, pihak Syarikat, boleh buat apa sahaja ‘Undang-Undang, Polisi, Procedure, Syarat, apa apa yang mereka rasa kononnya mereka betul, tanpa ada BANTAHAN, Pandangan atau campur tangan majoriti pekerja. 
Dari segi bahasa mudah, aku boleh kata, kami seperti LEMBU DICUCUK HIDUNG, kena ikut sahaja, tanpa boleh bersuara.
Alasan paling mudah, bila di tanya tentang rewards atau kenaikkan, “Syarikat Kita Bukan Profit Organization”, perlu ikut seperti syarikat ‘Gomen’ yang lain. Soalan aku, kenapa orang bawah perlu ikut seperti Gomen, sedangkan benefit orang atas, melimpah-limpah, teramat banyak???
Tidak di nafikan, kami di sini, banyak benefit yang  terbaik. tetapi, itu 5 tahun dulu. Sekarang, tidak lagi, newcomers, takkan ada benefit medical sampai mati tidak seperti staff lama. Bukan kah itu salah satu benefit yang sudah di tarik balik???
Skim baru yang lebih fokus kepada newcomers, yang mana, jika sekiranya staff baru masuk kerja pun, gaji sudah menyamai staff yang sudah 3-4 tahun senior, apa agaknya perasaan senior. Please, jangan cakap aku jealous, pasal ni level Senior Executive, aku ni macai sajer…
Mungkin ramai yang tidak setuju aku ‘merungut’ di sini. Ada yang kata, tak baik merungut pasal rezeki, tak baik memburuk-burukkan syarikat tempat kita cari makan, terpulang lah. Aku suarakan pendapat aku selepas nampak perbezaan selama 12 tahun aku di sini. Samada korang sedar, tak sedar, suka, tak suka, itu pendapat peribadi. Masing-masing punya pandangan berbeza.

MrJocko.com

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.