Site icon Travel Blogger Malaysia

Kenapa Best Shopping Pagi Isnin Di Tesco

shopping-di-tesco-01

shopping di tesco 01

Sejak beberapa bulan yang lepas, jadual pregnancy check up wife di buat selang sebulan dan di jadualkan pada setiap Isnin awal bulan. Memandangkan kami memang awal pagi jam 8.00am sudah sampai berjumpa doktor, jam 10.00am sesi kami sudah selesai. Jadi sempat la balik awal dan singgah di Tesco Extra.

Apa yang best bila shopping di Tesco Extra pada hari Isnin, hari orang ramai bekerja ialah keselesaan dan pilihan yang segar. Kalau hari Sabtu dan Ahad, selalunya penuh dengan pelanggan lain tetapi pada hari kerja seperti Isnin sehingga Jumaat, boleh dikatakan tak ramai orang. Sebagai pembeli, MrJocko rasa amat selesa dan boleh membuat pilihan banyak barangan kat Tesco tanpa perlu berebut :).

Lihat sahaja pisang, sayuran, ikan, ayam dan macam-macam lagi masih segar dan besar-besar. Nak potong ayam, timbang barang dan buat pembayaran pun tak payah nak beratur. Cepat.
Memang membeli belah di hypermarket besar seperti Tesco Extra pada hari weekdays ni terbaik. Sangat rilek, sangat selesa dan tak payah nak buang masa lama-lama beratur. Nak pilih barang murah pun senang nak cari barang segar pun senang. Yes, MrJocko memang suka shopping pada hari Isnin di Tesco
Exit mobile version