Site icon Travel Blogger Malaysia

Kenapa Data 3G Smartphone Cepat Melebihi Kuota

1.-Buka-aplikasi-Gmail-anda

1. Buka aplikasi Gmail anda

Masa kini rata-rata pengguna telefon akan mempunyai smartphone dan menggunakan Data 3G untuk plan Telco mereka. Bagi yang menggunakan data 3G sudah pasti kuota bulanan menjadi musuh utama. Ini kerana, kebiasaannya bila kuota sudah mencapai had limit, kelajuan melayari 3G akan berkurangan. Lebih teruk jika anda menggunakan data 3G had limit minima seperti 500mb sahaja, kerana tidak sampai seminggu data 3G anda akan mencapai had limit.
Antara salah satu cara untuk mengelakkan data 3G anda cepat melebihi data limit pakej yang anda daftar dengan Telco anda ialah memastikan Setting Gmail anda tidak sewenangnya menyiarkan gambar secara automatik. Ini kerana, apabila smartphone menerima gambar dan tunjukkan ia ke dalam skrin anda, banyak data telah dibazirkan di situ. 
Bagaimana cara untuk setting Gmail tersebut? Mudah sahaja. Ikuti langkah untuk set Gmail anda tidak ‘Auto Show’ gambar dalam emel anda. 
1. Buka Aplikasi Gmail anda

 2. Cari ‘Setting’ …

3. Kemudian di dalam Setting anda klik kepada ‘General Setting’ dan pilih ‘Images’

4. Di Images, anda cuma perlu disable Always Show dan pilih ‘Ask Before Show’ … Kemudian ‘Save’ dan ia sudah selesai.

Mudahkan? Dengan setting terbaru ini, anda akan dapat jimatkan beberapa GB data yang anda terima sekiranya anda pengguna tegar Gmail. Untuk email biasa seperti Yahoo dan Hotmail, konsepnya hampir sama. Pastikan anda ke Setting dan pilih ‘Ask Before Show’ untuk setiap image.
Selamat mencuba dan selamat berjimat 🙂
Exit mobile version