Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Kenapa Hantar Anak Ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina?

Banyak kali saya ditanya, kenapa susahkan diri hantar anak-anak ke sekolah jenis kebangsaan cina. Buat apa nak susah-susah, sekolah rendah biasa kan ada. Lagipun kalau ke sekolah jenis kebangsaan cina, kantin kat sana dikendalikan oleh orang bukan Islam dan makanan tak halal. 

“Setakat nak sekolah rendah, hantar sekolah biasa pun dah cukup.” Saya tersenyum. Tak mampu nak jawap semua. Lagipun, mungkin jawapan saya tidak akan memuaskan hati diorang, biarlah.

Hantar Anak Ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina 

Hantar Anak Ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina

 

Setakat hari ini, Alhamdulillah, saya dikurniakan 2 orang puteri yang comel mewarisi kecomelan dari ibu mereka. Dan sememangnya rancangan saya untuk menghantar mereka ke sekolah jenis kebangsaan cina sejak dulu akhirnya tercapai setelah bersusah payah menghantar mereka ke Tadika Cina selama 2 tahun. 

Kakak sekarang sudah berada di Darjah 2 dan adik, masih di Tadika. Tahun depan InsyaAllah adik akan ke Darjah Satu.

Memang tak dinafikan, memantau anak-anak yang belajar di sekolah jenis kebangsaan cina ni memang rumit dan banyak benda kena korbankan. Yang paling ketara, masa bersama anak-anak. Bayangkan dari Tadika lagi mereka mempunyai sekurang-kurangnya 2 kerja rumah untuk disiapkan dan kesemuanya di dalam bahasa Mandarin. 

Saya dan isteri memang tak pandai Mandarin, oleh sebab itu, kami mengharapkan supaya anak-anak kami akan pandai Mandarin, bukan sahaja bercakap, tetapi juga menulis. Memang bukan senang, tetapi, jika dilentur dari kecil, harapan kami semoga ia akan menjadi kenyataan.

Hantar Anak Ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina

Kenapa hantar untuk belajar Mandarin, bukan untuk belajar bahasa Arab? Bahasa Arab kan bahasa Quran? Saya pernah membuat sedikit pencarian dan bertanya kepada kawan-kawan Ustaz saya, banyak sekolah yang berasaskan Bahasa Arab, sangat jauh dengan tempat tinggal kami. Kalau mahukan sekolah rendah yang intensif dalam bahasa Arab dan keagamaan boleh hantar anak-anak kecil kita ke sekolah di Acheh atau lokasi sekolah agam di Indonesia. Tetapi, masalah utama kami, wife dan saya tidak boleh berjauhan dengan anak-anak. Itu lah antara kelemahan kami. 

Oleh yang demikian, kami bercadang untuk mereka belajar Mandarin dahulu. Jika dimurahkan rezeki, kemudian, kami akan bawa mereka ke Sekolah Menengah Ugama pula. Di Selangor dan Kuala Lumpur ada banyak pilihan untuk sekolah menengah ugama.

 

Hantar Anak Ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina
Penting Bahasa Mandarin

Mungkin juga salah satu sebab, saya hantar anak ke sekolah jenis kebangsaan cina ini kerana saya nampak peluang mereka sekiranya mereka tamat belajar kelak. Di zaman saya tamat pengajian lagi, banyak iklan dan jawatan yang bagus, diperlukan kriteria tambahan selain kelulusan minima Degree atau Diploma, ada syarat seperti ‘Boleh Bertutur Mandarin’. Mana tahu, ia akan memberi kelebihan kepada anak-anak saya.  

Harapan saya, sama seperti ibubapa lain yang mahukan anak-anak yang soleh dan berjaya dalam hidup. Ini sahaja perancangan yang saya boleh buat untuk mereka, selebihnya kami mendoakan agar semuanya mendapat keberkatan oleh Allah. 

Mempunyai anak-anak belajar di sekolah jenis kebangsaan cina bukan mudah. Namun, kami sebagai ibubapa kepada mereka, sangat mencadangkan anda semua, jika berminat untuk menghantar anak-anak anda ke sekolah aliran jenis kebangsaan cina, buatlah persediaan seawal umur 5 tahun lagi. Anda akan nampak perbezaan dari segi komitmen belajar dan juga kerjarumah mereka, jauh lebih banyak dari sekolah kebangsaan mereka. 

Mereka mungkin tak sepandai atau sehebat kawan-kawan lain, cuma saya harap mereka tahu bercakap dan membaca mandarin bila mereka sudah dewasa nanti. Biar satu hari, anak MrJocko faham kenapa MrJocko Hantar Anak Ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina.

7 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.