Kenapa Kazakhstan Semakin Menjadi Tarikan Pelancong Malaysia
|Kenapa Kazakhstan Semakin Menjadi Tarikan Pelancong Malaysia? Ini kerana destinasi baru ini mempunyai beberapa keunikkan yang tidak ada pada negara lain. Antara yang ketara, ia adalah sebuah negara yang terletak diantara dua benua dan ia juga termasuk dari negara pecahan dari Soviet Union.
Peta Kazakhstan menunjukkan bahawa negara ini berada ditengah-tengah diantara Russia dan China. Turut dihimpit dengan negara Central Asian lain seperti Kyrgyzstan, Uzbekistan dan Turkimenistan. Negara Empat Musim ini sememangnya cantik dan ia adalah pilihan terbaik untuk orang Muslim melancong sambil menikmati pemandangan musim salji yang sangat cantik.
Baca : Destinasi Pelancongan Muslim di Kazakhstan
Kenapa Kazakhstan Semakin Menjadi Tarikan Pelancong Malaysia
Baca : Orang Malaysia Tak Perlu Apply Visa Untuk ke Kazakhstan
Kenapa Kazakhstan Menjadi Tarikan Pelancong Malaysia
Antara sebab utama ramai orang Malaysia berminat melancong ke Kazakhstan ialah :
1. Harga Pakej Yang Semakin Murah
Kini, ada banyak pakej yang diaturkan oleh Travel Agent Malaysia, dipadankan dengan laluan Turki dan Kazakhstan dengan harga serendah RM4280++. Ia bergantung kepada jumlah peserta dan juga musim. Harga sebanyak itu, untuk 10 hari 7 malam, memang berbaloi untuk melawat Turki dan Kazakhstan.
2. Banyak Tempat Menarik di Kazakhstan
Lokasi tempat menarik di Kazakhstan memang banyak dan tak ramai lagi yang teroka. Antara yang popular adalah lokasi Almaty. Tidak lupa kawasan tasik ‘Big Almaty Lake’ dan juga kawasan Ski Resort seperti di Medeo dan Symbulak Ski Resort. Ya, di sini pun banyak Ski Resort yang menarik untuk anda terokai bermain ski ataupun menaiki gondola.
3. Pilihan Pelbagai Makanan Halal
Memandangkan Kazakhstan adalah negara Islam, di sini kita sebagai orang Muslim Malaysia tak perlu risau tentang makanan. InsyaAllah, sepanjang perjalanan ada banyak pilihan menu halal Muslim untuk kita pilih. Tak kira menu makanan tradisional Kazakhstan mahupun menu Eropah yang turut disajikan di sana.
4. Pelbagai Monumen Sejarah Menarik Di Kazakhstan
Boleh semak di TripAdvisor Kazakhstan, ada banyak monumen sejarah tentang negara ini. Antara yang terkenal ia dikenali dengan nama Saks, Huns dan juga Turks. Nak tahu panjang lebar, boleh ke Kazakhstan atau layari sedikit info ringkas di sini.
5. Kebudayaan dan Sejarah Kazakhstan yang Tersendiri.
Mereka juga punyai kebudayaan yang unik. Sejarah mereka juga tidak kurang hebat dengan pelbagai kaitan dengan sejarah perang sejak dari dulu, kehebatan mereka dalam pelbagai bidang, himpunan muzium hebat dan juga seni persembahan seperti ballet dan juga teater. Mereka yang suka aktiviti seni seperti ini pasti ia destinasi pilihan anda.
Sebab itu, Kazakhstan termasuk dalam satu lagi Wishlist Travel saya untuk tahun-tahun yang akan datang. InsyaAllah, kalau ada rezeki nak jejak kaki ke sini untuk lihat sendiri kelebihan yang ada di negara Kazakhstan ini.
Untuk info, kalau nak terbang terus dari Kuala Lumpur ke Almaty, Kazakhstan, boleh menaiki penerbangan rasmi negara tersebut yang dikenali sebagai Air Astana Airlines. Tempah tiket anda di sini AirAstana Booking.
Harga Tiket dari Kuala Lumpur – Almaty cuma sekitar USD795 Pergi Balik (MYR3326). Nak lagi murah terus tempah Pakej Percutian ke Kazakhstan dengan Travel Agent berdaftar di Malaysia.
Baca juga : Tempat Menarik di Qazaqstan
Sumber Gambar : Internet dan Empire Travel Qazaqstan