Site icon Travel Blogger Malaysia

Kenapa Mereka Di Bayar Mahal, Walaupun Kerja Mereka Mudah?

kepakaran-professional

kepakaran professional

Anda semestinya pernah mendengar atau mengalami keadaan sebegini. Kenapa kerja yang mereka buat mudah, senang, sekejap sahaja, tetapi bayaran mereka mahal dan berganda dari biasa. Kenapa harga hasil kerja mereka MAHAL???
Inilah yang dikatakan profesional dan taraf kerja yang berkualiti berdasarkan pengalaman, pencapaian dan kelayakkan mereka. Samada anda setuju atau tidak, jika anda terpaksa menggunakan khidmat mereka, anda terpaksa membayar mengikut harga mereka. Adil atau tidak???
Sebagai seorang yang berstatus professional, anda kena hargai usaha mereka selama ini untuk mencapai tahap yang mereka ada sekarang. Samada mereka lulusan Degree, Master atau PhD, anda diharapkan membayar mereka dengan sepatutnya. Bukan senang untuk mendapatkan segulung Ijazah, Master atau PhD. Ia memerlukan pengorbanan masa, tenaga dan wang ringgit yang banyak. Maka, jika mereka berjaya sampai ke tahap mereka, kita seharusnya menghormati mereka sebagai orang yang layak di dalam bidang mereka.
Antara bidang kerja yang kita lihat seperti mudah dan senang tetapi bayaran yang mahal seperti kerjaya seorang Doktor Pakar, Akauntan, Juruterbang, Pereka Fesyen, Penyanyi dan banyak lagi. Mungkin kita lihat seperti kerja mereka mudah, tetapi sebelum mereka berjaya seperti sekarang, mereka sudah lama berusaha untuk berjaya dan menjadi pakar dalam bidang masing-masing.
Oleh yang demikian, hargai kepakaran professional dan pengalaman seseorang kerana sesetengah pengalaman itu bukan boleh dibeli dengan mudah. Ia memerlukan masa dan komitmen yang tinggi untuk menguasai bidang yang mereka ceburi. Bila mereka berjaya, semestinya kita perlu bayar ‘harga professional mereka’ untuk kita mendapatkan khidmat nasihat mereka.
Exit mobile version