Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Kenapa Uniqlo Malaysia Jual Baju Winter Fall

Hari ni singgah di Paradigm Mall, Petaling Jaya kerana ada event, tayangan perdana filem ‘Here Comes The Boom’ di GSC jam 9.00 malam nanti. Masa on da way nak ke GSC, sekali lagi terpandang store Uniqlo di tingkat 1 Paradigm Mall ini. Baru la perasan, kat sini banyak pilihan untuk baju-baju Winter dan baju Musim Luruh.

Kenapa Uniqlo Malaysia Jual Baju Winter Fall?  

Kat Malaysia ada musim Salji, luruh, bunga??? Rasanya kat Malaysia memanjang je musim Panasss.

Itu la keunikkan store Uniqlo. Walaupun di Malaysia tiada mengalami tiga lagi musim iaitu musim sejuk, luruh dan musim bunga, tetapi produk yang mereka bawa ke Malaysia boleh di katakan mendapat sambutan yang agak menggalakkan. Jadi jangan pelik kalau Uniqlo Malaysia Jual Baju Winter Fall. 

Terus terang MrJocko rasa, harga yang di tawarkan di Uniqlo Malaysia lebih murah kalau nak bandingkan dengan Uniqo Jepun, tempat asal produk kelahiran Uniqlo ini. Banyak juga la kalau nak kira dengan harga asal di Tokyo, salah satu tempat yang pernah MrJocko bandingkan harga.

 

Keunikkan dan kualiti baju yang serap peluh, cotton dan material terpilih membuatkan ramai yang suka bila mengenakan pakaian Uniqlo ini. Lihat saja kombinasi design, corak dan warna yang ada dalam rekaan Uniqlo, sememangnya unik dan berkualiti. Tak hairan lah, kalau di Malaysia, jenama ini semakin mendapat tempat di hati pengguna.

 

Walaupun di Malaysia tidak mengalami musim salji, luruh atau bunga, ramai pelanggan yang membeli produk Uniqlo tersebut untuk di pakai ketika melancong di luar negara yang mempunyai empat musim. Beli dengan harga berpatutan dan tidak perlu risau dengan cuaca di tempat yang di lawati.

 

 

 

Kenapa Uniqlo Malaysia Jual Baju Winter Fall

 

Kenapa Uniqlo Malaysia Jual Baju Winter Fall

 

Kenapa Uniqlo Malaysia Jual Baju Winter Fall

Kalau anda berminat untuk dapatkan koleksi pakaian eksklusif dari Uniqlo ini, boleh la singgah di 7 buah rangkaian superstore Uniqlo di KLCC, One Utama, Paradigm Mall, Sunway Pyramid, Midvalley, Setia City Mall dan Fahrenheit 88. Layari Uniqlo Malaysia untuk maklumat lanjut.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.