Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Kentang Goncang KFC Malaysia Kini Kembali RM6.99

Kentang Goncang KFC Malaysia Kini Kembali dengan harga jualan cuma RM6.99. Bersempena dengan Bulan Kemerdekaan, KFC sekali lagi membawa masuk menu pedas ini ke dalam senarai menu terbaik mereka di semua restoran dan outlet Kentucky Fried Chicken seluruh Malaysia.

Mula diperkenalkan pada tahun lepas, menu ini pasti akan menjadi pilihan ramai peminat fries atau chips di Malaysia. Rasa kentang goreng yang asli dengan rempah rahsia pedas buatan KFC Malaysia ini memang menjadi pilihan ramai pelanggan mereka tahun lepas. Pedas, Berempah, Garing dan Berselut Kentang.

Baca : Menu Sedap Dan Popular Di KFC Malaysia

Kentang Goncang KFC Malaysia

 


Kentang Goncang KFC Malaysia Kini Kembali RM6.99

Kentang Goncang KFC Pedas

KFC kembali memperkenalkan ‘Potato Shakes’ ini bersama-sama dengan menu Ayam Extra Hot & Spicy untuk tempoh waktu yang terhad terhad. Untuk makluman semua, Ayam Hot & Spicy KFC merupakan ikon kepada tahap kepedasan yang lebih tinggi bagi rakyat Malaysia yang gemar dengan makanan pedas.

Anda boleh memesan ‘hot fried fries’ KFC Malaysia dengan menu ala-carte hanya RM6.99 bagi setiap set atau dengan set combo hidangan lain yang ada di dalam menu-menu utama di semua outlet restoran KFC seluruh Malaysia. Setiap hidangan KFC pada bulan Ogos ini pasti lebih berbaloi untuk anda cuba.
 


 

Sebagai informasi, ‘Potato Shakes’ KFC Malaysia ini adalah menu yang berasaskan kentang goreng berkualiti tinggi yang digoreng rangup dan ianya datang bersama-sama paket perasa Hot & Spicy untuk ditabur kemudian digoncang bersama kentang.

Baca : Nasi Lemak Atuk Di KFC Malaysia

Bulan Kemerdekaan ini pasti lebih meriah dengan menu pedas dari Kentucky Fried Chicken Malaysia ini. Kombinasi beberapa menu pedas lain yang ada di KFC meraikan kedatangan bulan Ogos, Blan Kebangsaan di negara kita Malaysia.

Tahap kepedasan ini khabarnya boleh dinikmati oleh semua lapisan tahap umur termasuk kanak-kanak. Namun, jika anda bukan yang sukakan makanan pedas, boleh cuba sesuap dua untuk merasai sendiri kenikmatan menu terbaik dari KFC ini.
 


 

Untuk masa yang sangat terhad, anda boleh dapatkannya dengan mudah dan selamat di pembelian online www.KFC.com.my atau aplikasi di smartphone anda, KFC Malaysia. Nak dine-in, self collect atau pandu lalu pun boleh.

Leave a Reply Cancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.