Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Keputusan Champions League Man Utd vs Olympiacos 2014 : Game Terbaik Musim Ini

Pagi ni, MrJocko sempat bangun untuk menyaksikan perlawanan penting untuk Manchester United menentang Olympiacos dalam cabaran Liga Juara Juara Eropah. Setelah beberapa perlawanan sebelum ini di dalam Liga Inggeris, Man Utd seakan terumbang ambing selepas ketiadaan Alex Furgeson, perlawanan pagi ini penting untuk Man Utd.
 
Perlawanan sebelum ini, 1st Leg, keputusan berpihak kepada Olympiacos dengan menyaksikan Man Utd tewas 0 – 2 di gelanggan Olympiacos. Pagi ni Man Utd dan Olympiacos bertemu untuk kali kedua, 2nd Leg bagi menentukan pasukan ke Quarter Final Champions League 2013/2014.
 
 
Ternyata malam ini milik Man Utd apabila berjaya gah di Old Trafford dengan kemenangan 3 gol, semua hasil gol hatrick Robin Van Persie. Satu perlawanan terbaik Man Utd setakat ini, selepas mendapat pengurus baru David Moyes. Nampaknya kesebelasan utama malam ini berfungsi dengan cukup baik.
 
Sangat berpuas hati dengan perlawanan pagi ini antara Man Utd vs Olympiacos dalam cabaran Champions League 2013/2014. Peluang untuk menang sebenarnya dilihat tipis dengan kekalahan kepada Liverpool beberapa hari lepas dan dengan sokongan moral penyokong yang semakin hilang kepercayaan kepada Moyes.
 
 
 
Mungkinkah kemenangan malam ini adalah sesuatu yang jarang-jarang berlaku? Harap tidak dan Man Utd akan meneruskan ‘main bola’ seperti perlawanan ini untuk game yang akan datang. Ini kerana, harapan supaya Man Utd boleh masuk ke Top 5 Liga Perdana Inggeris dan masih punyai peluang cerah untuk menjadi Juara Champions League 2013/2014.
 
MrJocko akan tetap sokong Man Utd. Tahniah Man Utd players untuk game Man Utd vs Olympiacos. Permainan kali ini MrJocko sifatkan antara perlawanan terbaik Man Utd pada tahun 2014.
 
Keputusan penuh perlawanan 20 Mac 2014 Man Utd 3 – 0 Olympiacos. Man Utd layak ke Suku Akhir dengan kedudukan agregat 3 – 2 berbanding perlawanan sebelum ini.

Glamorous MrJocko

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.