Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Keputusan Final Piala Malaysia 2012

Selepas berhempas pulas selama 120 minit akhirnya pasukan Kelantan atau The Red Warriors memenangi Piala Malaysia dengan keputusan ATM 2 – 3 Kelantan.

Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2012 adalah antara yang TERBAIK setakat ini dengan aksi kedua-dua pasukan memang layak bermain di Final. Kehebatan dua dua pasukan terikat dengan jaringan 2 gol pada 90 minit dan terpaksa diheret ke masa tambahan.

Gol pasukan Kelantan dijaringkan oleh Norshahrul (2 gol) dan Indra Putra (1 gol). Manakala pasukan ATM gol hasil jaringan Rizal (1 gol) dan Marlon (1 gol).

Tahniah Kelantan dengan kemenangan dalam Piala Malaysia 2012. Keputusan penuh perlawanan akhir Piala Malaysia 2012, Pasukan ATM 2 – 3 Kelantan.

Tahun ini kemenangan Treble untuk Kelantan selepas memenangi Liga Super, Piala FA dan juga Piala Malaysia 2012.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.