Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Keputusan Knockout Stage World Cup 2014

Nampaknya pertandingan bolasepak Piala Dunia 2014 sudah memasuki Semi Final minggu depan apa bila 4 pasukan telah layak selepas menewaskan lawan masing-masing. Keputusan terkini Piala Dunia 2014 boleh anda rujuk kepada lama web FIFA World Cup 2014.
Empat pasukan yang layak ke Semi Final Piala Dunia 2014 adalah Germany, Brazil, Argentina dan Netherland. Pasukan pilihan MrJocko Germany masih berada dalam 4 pasukan terbaik Semi Final Piala Dunia 2014 ini. Nampaknya lawan Germany untuk Semi Final Piala Dunia 2014 ini ialah Brazil, pasukan tuan rumah. Manakala Argentina akan menentang Netherland pada perlawanan Semi Final Piala Dunia 2014.
Bukan mudah nampaknya Germany untuk menewaskan pasukan tuan rumah Brazil, tetapi kelebihan buat Germany kerana Neymar dan Thiago (Ketua Pasukan Brazil) tidak akan beraksi dalam perlawanan Semi Final Piala Dunia 2014 nanti. Apa lagi, sudah tentu Muller, Klose, Hummel, Lahm dan yang lain akan ambil peluang ini untuk kalahkan Brazil.
 
 
Knock out stage Piala Dunia 2014

Argentina pula mungkin sukar untuk kalahkan Belanda. Dalam beberapa game, barisan depan Argentina seperti mengharapkan Messi. Pun gitu pertahanan Argentina bukan senang nak kena bolos.
Prediction MrJocko untuk Semi Final World Cup 2014 ini Germany akan menang ke atas Brazil dan Netherland akan menewaskan Argentina. Final World Cup 2014 mungkin diantara Germany vs Netherland. Sudah pasti Netherland pilihan Juara World Cup Facebook : www.facebook.com/GlamorousMrJocko
Twitter : @MrJocko
Instagram : @MrJocko
 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.