Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Keputusan Penuh Pilihan Raya Umum Ke-15 Pandangan Anda?

Malaysia akan mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 pada esok, 19 November 2022. Kebanyakkan negeri hanya akan memilih Calon Parlimen sahaja manakala beberapa negeri lain akan memilih Calon Parlimen dan Calon ADUN mereka mengikut yang diputuskan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dengan kempen yang tinggal satu hari saja lagi, apakah Keputusan Penuh Pilihan Raya Umum Ke-15 dan apa pandangan anda?

Melihat kepada tempoh lebih 60 tahun Barisan Nasional menang dan memerintah negara Malaysia, kemudian kalah pada PRU14 pada tahun 2018, dan kemudian berlaku kekalutan di dalam pentadbiran politik negara sehingga jatuhnya Kerajaan PRU14 dan kemudian wujud Kerajaan Campuran BN, PAS dan PN sehingga dibubarkan pada Oktober 2022.

Baca : Bercuti Di Musim Pilihan Raya Umum Malaysia

Keputusan Penuh Pilihan Raya Umum Ke-15

Keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15
 

Pilihan Raya Umum kali ini, ramai yang mengatakan ia adalah sebagai Mother Of All Election in Malaysia. Ia kerana, sejak 2018, ia mengubah banyak landskap politik Malaysia dan memecahkan blok-blok pakatan politik kepada bahagian yang semakin kecil dan semakin banyak.

Antara gergasi legenda Tun Mahathir dari GTA, Zahid Hamidi (BN), Muhyiddin Yassin (PN) serta Anwar Ibrahim (PH), siapa yang akan menjadi Hero dalam PRU15 tahun 2022? Dari segi penilaian kasar ramai masih yakin Barisan Nasional (BN) boleh menang 2/3 dalam PRU15, namun dari segi ‘tactical’ kempen Pilihan Raya, Pakatan Harapan jauh berada di depan. Pakatan Nasional (PN) agak jauh dibelakang dengan kempen-kempen yang masih terkebelakang.
 

Keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15

Keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15
 

Siapa pun yang bakal memerintah Malaysia dengan kemenangan dalam PRU15, kami rakyat mengharapkan yang terbaik. Sebaiknya, kami tidak mahu lagi ada pemerintah yang korup dan terbabit dengan rasuah. Ia merosakkan negara berpanjangan dan menjahanamkan masa depan negara.

Malaysia sebuah negara yang kaya dengan hasil bumi. Kita ada balak, minyak, sawit, getah, pertanian dan sektor pelancongan yang strategik. Kita sebenarnya mampu lebih maju berbanding negara ASEAN yang lain dan boleh maju seperti Korea dan Jepun.

Jika tiada rasuah, semua rakyat mampu mewah dengan kestabilan pengurusan negara yang cekap, ekonomi yang lebih stabil serta pendapatan yang jauh lebih tinggi berbanding sekarang.

Jom! Pilihlah dengan baik, Wakil anda penentu kemajuan Malaysia.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.