Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Keputusan Peperiksaan SPM 2016 Akan Di Umum 16 Mac 2016

Adik-adik yang ambil peperiksaan SPM 2016 dah sedia. Tahu tak yang Keputusan Peperiksaan SPM 2016 Akan Di Umum 16 Mac 2016. Ya esok akan menjadi satu tarikh keramat kepada semua calon Peperiksaan SPM 2016 dan tarikh yang akan anda ingat sampai bila-bila. Berjaya atau tidak, ia bukan penentu hidup, tetapi sedikit sebanyak akan beri korang perjalanan hidup yang baru.

Keputusan SPM memang penting tetapi ia bukan penentu kehidupan seseorang.

Kalau korang tengah bercuti, boleh la balik ke Malaysia untuk ambil slip Peperiksaan SPM. Kalau result SPM 2016 korang hebat, lepas ni ada peluang untuk ‘bercuti’ sambil belajar di luar negara pulak.

Keputusan Peperiksaan SPM 2016

 

keputusan peperiksaan SPM

 

MrJocko ambil peperiksaan SPM ni tahun 1995. Pergh!!! Dah lama. dah 21 tahun yang lepas. Rasa dah tua dah. Masa dulu, kalau nak ambil keputusan Peperiksaan SPM kena pergi ke sekolah, Tak ada aplikasi SMS atau Website Online. Zaman sekarang bertuah korang semua, boleh semak keputusan peperiksaan SPM dengan handphone jer.

Kalau nak tahu cara bagaimana nak semak keputusan peperiksaan SPM 2016 secara online atau talian telefon, boleh semak di laman web ini : http://myschoolchildren.com/Semak-Keputusan-SPM.htm

 

Kenangan Peperiksaan SPM Tahun 1995

 

Kalau korang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang, apa kata mohon bantuan Biasiswa dari agensi yang menyediakan tawaran Biasiswa atau Pinjaman Bantuan Pelajaran. Ada banyak syarikat dan korporat yang menawarkan biasiswa kepada pelajar SPM. Antara yang terbaik adalah tawaran Biasiswa Bank Negara Malaysia.

 

Keputusan Peperiksaan SPM 2016 Akan Di Umum 16 Mac 2016

 

Tawaran Program Biasiswa Bank Negara 2013 Untuk SPM

 

Dah penat belajar selama beberapa tahun, kalau keputusan Peperiksaan SPM 2016 esok beri kejayaan, sudah pasti ramai yang agak gembira sangat-sangat.

Sekali lagi, Tahniah buat semua yang berjaya dalam keputusan peperiksaan SPM 2016. Yang tidak berjaya, cuba lagi dan InsyaAllah ada peluang dalam keputusan peperiksaan yang lain.

 

 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.