Keputusan Perlawanan Arsenal vs Manchester City
|
Malam ni, Manchester United awal-awal lagi sudah mendahului QPR dalam perlawanan ke-32 musim ini. Dengan jaringan Penalti Rooney minit ke-15 dan gol dari Scholes pada minit ke-67 memberikan kemenangan 2 – 0 ke atas Queen Park Rangers milik Jutawan Malaysia Tony Fernandez.
Lebih menggembirakan peminat Manchester United, seperti aku, bila mengetahui bahawa Arsenal menundukkan Manchester City di Emirates dengan jaringan Arteta pada minit-minit akhir perlawanan.
Keputusan perlawanan Arsenal vs Manchester City itu berkesudahan dengan 1 – 0 apabila Arteta merembat masuk gol cantik mengalahkan penjaga gol City. Ia memberikan tekanan yang kuat kepada City kerana dengan kekalahan ini menjadikan mereka ketinggalan jauh 8 mata berbanding kedudukan Manchester United di tangga paling atas.
Dengan hanya ada 6 perlawanan lagi, jika dikira atas kertas, sudah terlalu mustahil bagi City mengejar Red Devils. Satu lagi kemenangan Red Devils dan satu lagi kekalahan City akan mungkin memberikan Manchester United boleh meraikan kejayaan sebagainJuara Liga Perdana Inggeris 2011/2012 lebih awal.