Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Keputusan Perlawanan Portugal vs Netherlands EURO 2012

Pagi tadi telah berlangsung perlawanan terakhir Kumpulan B yang menyaksikan perlawanan antara Portugal vs Netherlands dan Denmark vs Germany. MrJocko berpeluang menyaksikan perlawanan ini bersama-sama Robbie Fowler di Genting International Showroom pagi tadi, memang best.

Netherlands bermula garang dengan menyerang kubu Portugal sehingga berjaya mendapatkan gol hasil jaringan Kapten Van Der Vaart pada minit ke-11. Namun tidak lama kemudian, Ronaldo yang merupakan antara pemain terbaik dunia dan Kapten Portugal menyumbat gol penyamaan pada minit ke-28. 
Separuh masa pertama berakhir dengan 1 – 1 dan selepas separuh masa kedua, masing masing bertungkus lumus menyerang untuk mendapatkan gol. Bagimanapun pada minit ke-74 Ronaldo sekali lagi menyumbat gol bagi Portugal setelah gerakan counter attack dan hasil lorongan bola yang cantik dari Nani. 
Gol kemenangan itu membawa Portugal ke Suku Akhir dan menepikan pasukan Belanda atau Oranje. Keputusan perlawanan Portugal vs Netherlands berkesudahan Portugal 2 – 1 Netherlands

Dalam satu lagi perlawanan, German mengatasi Denmark juga dengan keputusan 2 – 1. Nampaknya German, pasukan pilihan aku ini akan bersama-sama bermain di Suku Akhir. Gol German di jaringkan oleh Podolski dan Bender, manakala Denmark oleh Krohn-Dehli.

MrJocko.com

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.