Keputusan STPM dan Pemansuhan STPM
|Keputusan STPM baru sahaja di umumkan baru-baru ini. Ramai yang berjaya dan mendapat keputusan STPM 2011 yang cemerlang. Anak buah aku pun dapat keputusan yang cemerlang jugak, Tahniah.
Tapi, dengarnya STPM akan di mansuhkan dan diganti dengan sistem yang baru. Aku ambik keratan berita semalam.
“Peperiksaan STPM akan dimansuhkan, demikian menurut kata Pengerusi Majlis Peperiksaan (MEC) Malaysia Prof Datuk Dr Mohd Noh Dalimin semalam. Ia akan digantikan dengan kaedah peperiksaan tiga penggal – pada akhir enam rendah, pada pertengahan enam atas dan pada pengakhir enam atas.
Kumpulan terakhir pelajar yang akan menduduki STPM ialah yang sedang berada di enam atas pada akhir tahun ini manakala pengambilan baru enam rendah pada Mei nanti akan menjadi kumpulan pelajar yang pertama menduduki sistem peperiksaan berpenggal berkenaan.
Menjelaskan lebih lanjut mengenai ini, ketua eksekutif MEC Maziyan Hamzah berkata sistem ini terbahagi kepada penilaian “cousework” sekolah disamping penilaian berdasarkan tiga peperiksaan berkenaan.
Satu kelebihan sistem baru ini ialah pelajar dibenarkan memperbaiki keputusan peperiksaan masing-masing dengan menduduki semula peperiksaan berpenggal berkenaan”
Aku tak pernah ambik STPM dan tak tahu cara pengendaliannya. Harapan kita, semoga sistem baru lebih efisen dan aku personally tak setuju dengan sistem PEMBELAJARAN TEORI SAHAJA dan mintak pihak berwajib beri kredit juga kepada kemahiran teknikal dan pengalaman.
MrJocko.com