Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Keputusan Ujian Dadah Doping Lee Chong Wei

Memang ini satu berita yang menggemparkan peminat sukan Malaysia. Kisah Ujian Doping Lee Chong Wei

Keputusan hasil ujian dadah (doping) Sampel B milik pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei telah disahkan positif dadah jenis ‘dexamethasone’. Bermakna keputusan ujian doping Dato Lee Chong Wei disahkan mengandungi bahan terlarang.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akan membuat pengumuman rasmi mengenai ujian doping Sampel B milik ikon badminton negara itu dalam sidang media di Ibu Pejabat BAM di Bukit Kiara pada jam 2 petang ini.MrJocko secara peribadi tidak percaya yang Dato Lee Chong Wei mengambil bahan terlarang tersebut walaupun Keputusan Ujian Dadah Doping tersebut Positif. 

 

Keputusan ujian dadah Lee Chong Wei
Keputusan ujian dadah Lee Chong Wei

 

 

Sebelum ini, rakyat Malaysia terkejut dengan Keputusan Ujian Dadah Doping Lee Chong Wei pada sample pertama atau Sample A. Kini keputusan ujian doping Sample B menunjukkan tetap positif dadah.Kalau betul Lee Chong Wei mengambil benda terlarang tersebut, mengapa sekarang? Ini mungkin satu kesilapan atau satu konspirasi untuk menjatuhkan Dato Lee Chong Wei.

Walau apa keputusan ujian doping terhadap Dato Lee Chong Wei, MrJocko yakin ramai rakyat Malaysia berdiri di belakangnya menyokong dan memberi sokongan moral dengan isu penggunaan dadah terlarang dalam sukan seperti ini.

Semoga Dato Lee Chong Wei akan terus berjaya mengharumkan nama Malaysia untuk masa akan datang.  

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.