Kerajaan Malaysia Kekal Tidak Buka Sempadan Kepada 6 Negara
|Kerajaan Malaysia Kekal Tidak Buka Sempadan Kepada 6 Negara laluan hijau tanpa sekatan sehingga ada keputusan timbal balas (‘reciprocal’) dengan negara terlibat, menurut Menteri Kanan Keselamatan Dato Seri Ismail Sabri Yaakob. Ini adalah langkah bijak yang patut kita buat bagi membendung penularan wabak Covid-19 masuk kembali ke negara kita.
Ramai yang sedia maklum, penularan wabak pandemik Coronavirus di Malaysia sudah kembali pulih dan beransur-ansur menurun setelah usaha berterusan pihak berwajib termasuk Kementerian Kesihatan, Kementerian Pertahanan dan badan-badan tertentu. Terima kasih untuk usaha anda, Team Frontliners adalah hero sebenar rakyat Malaysia ketika PKP, PKPB dan kini PKPP.
Baca : Wabak Coronavirus Covid-19 di Malaysia
Kerajaan Malaysia Kekal Tidak Buka Sempadan Kepada 6 Negara
Memandangkan diluar sana, khususnya dikebanyakkan negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Filipina, masih lagi mencatat angka jangkitan yang tinggi setakat awal Julai 2020, kebimbangan rakyat masih lagi ada supaya tidak kembali merebaknya Virus bahaya ini.
Lihat sahaja angka yang dicatatkan oleh Indonesia dan Filipina sejak 24 jam yang lalu, (5 Julai 2020), masih lagi angka yang sangat tinggi. Indonesia dengan jangkitan baru sebanyak 1,624 dan juga Filipina sebanyak 2,367 kes baru, kedua-dua negara ini masih boleh kita kategorikan sebagai tidak selamat untuk dikunjungi.
Negara-negara lain, seperti Thailand, Vietnam, Brunei, Kemboja dan Laos boleh dikatakan sudah menunjukkan penurunan dalam jumlah kes baru yang ketara, namun pengawalan dan langkah berjaga-jaga perlu supaya kita tidak sekali lagi diserang dengan penyakit ini.
Rakyat Malaysia sendiri belum lagi dibolehkan meninggalkan negara ini ke negara lain, (jika tidak ada alasan yang kukuh) keran kita masih lagi dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemuliha. InsyaAllah bila semua sudah reda, kita boleh kembali merentas sempadan negara.