Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Kerajaan Malaysia Umum Total Lockdown 1 Jun 2021

Pertama kali satu Malaysia kenakan full lockdown pada tahun lepas, 18 Mac 2020 akibat penularan wabak Coronavirus. Kemudian diikuti dengan PKPB dan PKPP. Kes jangkitan Covid-19 menurun kejap. Namun, selepas September 2020, kes naik mendadak. Selepas perlaksanaan PKP 2.0 dan PKP 3.0, kini tiada pilihan lain. Hari ini, Kerajaan Malaysia Umum Total Lockdown 1 Jun 2021.

Buat permulaan ini, dikatakan untuk tempoh 2 minggu sahaja, bermula 1 Jun hingga 14 Jun 2021. Tapi, perlu ingat, mengikut pada perlaksanaan yang lepas, ia mungkin akan berlarutan sehingga sebulan, mungkin lebih jika kita rakyat Malaysia tak mematuhi SOP yang ditetapkan.

umum total lockdown 1 jun 2021

Baca : Betul Ke Khabar Tentang Perlaksanaan PKP 3.0

 


Kerajaan Malaysia Umum Total Lockdown 1 Jun 2021

Kerajaan-Malaysia-Umum-Total-Lockdown-1-Jun copy
 

Kerajaan melaksanakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi ataupun ‘total lockdown’ Fasa Pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 Jun 2021 hingga 14 Jun 2021.

Sepanjang tempoh ini, semua sektor tidak dibenarkan untuk beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu (essential economic and service sector) yang akan disenaraikan oleh Majlis Keselamatan Negara.

Sumber : Astro Awani Facebook

Oleh itu, kali ini sama-sama lah kita betul-betul jaga diri dan keluarga kita untuk sama-sama lakukan kendiri di dalam rumah sebaik-baiknya. Virus Covid-19 ni masih lagi ada banyak kat luar sana dan masih lagi merbahaya kepada semua orang.

Pastikan kali ini kita menang supaya kita boleh meneruskan kehidupan seperti biasa, seperti sebelum tahun 2020.

Takkan kita tak nak hidup bebas seperti dulu, bebas keluar ke mana-mana, bebas melancong dalam dan luar negara dan bebas untuk membuat aktiviti sosial pilihan kita.

Negara lain dah banyak yang mula membuka operasi mereka kepada orang awam. China, Portugal, malah jiran kita dengar kata akan buka sempadan untuk pelancong ke Phuket bermula 1 Julai 2021 nanti.

Kita sokong usaha pihak Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara untuk sekali lagi agar kita cepat-cepat bebas dari virus Covid-19, Aminnn.

Maklumat lanjut tentang Covid-19 di Malaysia, suntikan Vaksin di Malaysia dan maklumat lain berkaitan, layari laman Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga VaksinCovid Malaysia.

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.