Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Kereta Kena Langgar Dari Belakang Ini Perkara Yang Anda Kena Buat

Malang tak berbau. Last week, kereta kami kena hentam dengan kereta lain dari belakang. Kemek dan Pecah. Memang mula-mula jadi panik. Tetapi, sebenarnya kalau tahu prosedur, ia boleh memudahkan kerja semua orang. Untuk info, kalau Kereta Kena Langgar Dari Belakang Ini Perkara Yang Anda Kena Buat.

Memandangkan kalau anda berada didepan, dan yakin anda tak salah, boleh tuntut gantirugi dengan menggunakan istilah ODKFK bermaksud “(Own Damage Knock for Knock) “A No-Fault Own Damage claim is a benefit for private cars with Comprehensive policy.”

Dengan tuntuan ODKFK ini, kita sebenarnya menuntut gantirugi dari Polisi Insurans Kenderaan yang melanggar kita, tanpa mengurangkan Polisi NCD kita.

Baca : MrJocko dan Tips Kalau Kemalangan Motorsikal



Kereta Kena Langgar Dari Belakang Ini Perkara Yang Anda Kena Buat

Kalau Kereta Kena Langgar 01
 

Baca : MrJocko dan Cerita Pasal Kereta

Langkah-langakh Utama Kalau Kereta Kena Langgar Dari Belakang.

1. Ambil gambar kejadian dan dapatkan butir-butir mereka yang terlibat seperti Nama, No IC, No Telefon dan juga Polisi Insurans mereka.

2. Segera buat laporan di mana-mana Balai Polis berdekatan sebelum tempoh 24 jam dari kejadian berlaku. Sebaiknya, buat di laporan di balai Polis Trafik, kerana ia lebih mudah, kerana satu lagi Borang iaitu Resit Akuan Penerimaan Repor Polis, yang mana pihak Polis perlu mengambil gambar keadaan kereta. Bagi kes kami, kami terus sahaja ke Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S. Lee. (Balai Trafik Jalan Bandar, Kuala Lumpur).

Apa Nak Buat Kalau Kereta Kena Langgar 02

Apa Nak Buat Kalau Kereta Kena Langgar 03
Balai Polis Trafik jalan Bandar

Kereta Kena Langgar Dari Belakang

3. Jangan lupa untuk bayar RM4 dan ambil Borang Siasatan.

4. Bila ada perkara ini, 1- Report Kemalangan, 2- Resit Akuan Penerimaan Repot Polis (Bertandatangan Pegawai), 3. Salinan Geran Kereta, 4. Salinan Polisi Insurans, 5- Salinan IC dan Lesen Memandu, maka sudah boleh ke mana-mana Bengkel Panel Insurans/Takaful yang anda bayar.

5. Boleh terus membuat proses tuntutan dan biasanya pihak Bengkel akan buat bagi pihak anda.

6. Dapatkan Salinan Report selepas 10 hari (sekurang-kurangnya) dan hantar ke Syarikat Insurans/Takaful

7. Dalam masa seminggu hingga 2 minggu, biasanya kereta akan siap jika tiada masalah lain.

8. Jika dah siap, semak tuntutan dan apa yang telah dibaiki. Pastikan ia sepadan dan semuanya berfungsi. Jika tidak, sekiranya ada kekurangan, boleh buat ‘complaint’ di Bank Negara TELELINK berdekatan.

Kunci utama jika berlaku musibah kemalangan ini, pastikan anda dapatkan maklumat utama seperti pemandu kereta, kereta, polisi insurans dan lain lain. Gambar sangat penting untuk membantu proses tuntutan (jika perlu). Ada rakaman video lagi bagus.

Untuk kami, ini pengalaman pertama kami terlibat dengan kemalangan yang seperti ini dan pertama kali membuat tuntutan kemalangan kereta. Semoga selepas ini kami dan kita semua dijauhkan dari bencana dan kemalangan, Aminnn…

Untuk semua, pandu berhati-hati ya…

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.