Kereta Mercedes Ebby Yus Katanya
|Masa MrJocko tengah blogwalking, terlihat satu entry di blog ni, gambar ada print mesintaipburuk.blogspot.com. Dalam entry tersebut, mengatakan, kereta Merc ini mungkin milik seorang pelawak Otai terkenal tanahair iaitu Ebby Yus.
Setelah lama menyepi, Ebby Yus buat comeback bersama otai-otai lain seperti member baiknya Sabri Yunus dan di tambah dengan hasil usaha kerja keras dalam program Astro seperti Drama, Lawak Minggu Ini, Karoot Komedia X dan macam-macam lagi tidak mustahil Ebby Yus boleh membeli kereta idamannya ini.
Jika betul ini kereta Ebby Yus, maka MrJocko tabik spring kepada beliau. Kerana apa, kerana seingat MrJocko, di awal kemunculan Ebby Yus, beliau cuma banyak pegang watak sampingan sahaja. Payment zaman dulu-dulu bukan besar sangat. MrJocko dulu sendiri pernah terserempak dengan Ebby Yus, bawa beg nak balik kampung di area bandar Seremban pada tahun 1995. Tak silap, masa tu musim Raya Puasa, dia nak balik kampung Kuala Pilah. Masa tu macam tak percaya itu Ebby Yus kerana anggapan MrJocko, dia artis, mesti la sekurang-kurangnya ada kereta sendiri.
Tapi tengok la sekarang, nampaknya rezeki dia semakin mencurah-curah. Teruskan usaha Yus,,, MrJocko pun adalah salah seorang peminat Ebby Yus.
MrJocko.com
wahaa… kayanya… nk beli satu lah.. haha
Jom beli satu