Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Kereta Rosak Di Tengah Kesesakan Jalan Raya

Musim perayaan seperti Tahun Baru Cina, seperti juga cuti Hari Raya Aidilfitri, selalunya warga kota akan mengambil peluang untuk cuti panjang untuk balik ke kampung atau bercuti.
 
Musim ini, semestinya banyak jalanraya, lebuhraya akan mengalami kesesakan yang luar biasa daripada biasa. Lebuhraya selalunya menjadi tumpuan pengguna kenderaan untuk balik kampung. Masa ini kita akan saksikan jalan sesak, tol sesak, stesen minyak sesak, R&R pun sesak dan hampir semua sesak.
 
Jika berlaku sebarang kerosakkan pada kenderaan anda, ia mungkin akan menjadi lebih teruk kerana kemungkinan pada masa tersebut kekurangan sokongan dari pihak yang berkenaan. Bayangkan warga KL sahaja di anggarkan 1.3 juta kenderaan keluar untuk balik ke kampung atau bercuti. Towing car, Plus Ronda dan sokongan lain mungkin tidak cukup untuk memberikan servis terbaik dan cepat.Lagi malang, jika kenderaan anda mengalami kerosakan di Jalan Persekutuan atau Jalan Negeri, sudah pasti peluang untuk dapatkan ‘Towing Car’ agak susah, tidak seperti di Lebuhraya Plus. Di tambah dengan perangai orang Malaysia yang kurang minat untuk memberhentikan kenderaan bila melihat ada kereta yang terdampar.Sebaiknya, pastikan kenderaan anda berada dalam keadaan yang selamat dan terbaik. Penuhkan tangki minyak, isikan Coolant, air untuk wiper serta tayar yang masih ada ‘bunga’. Ia bukan menjamin keselamatan kita, tetapi setidak-tidaknya kita sudah mengambil langkah berjaga-jaga dan bersedia untuk perjalanan yang jauh.Selamat balik kampung.

 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.