• Mon. Sep 25th, 2023

Auto Review 5 Kereta Sedan Terbaik Bawah Harga RM100,000

honda-city-2013

Memasuki tahun baru 2014, mungkin ramai yang sudah menerima bonus tahunan dan kenaikkan gaji tahunan. Masa ini, selalunya bulan Januari hingga Mac, ramai yang akan membuat pilihan membeli kereta baru dan ‘upgrade’ kereta yang sedia ada. Antara yang popular ialah kereta sedan 4 pintu. MrJocko nak kongsi 5 Senarai Kereta Sedan Terbaik Bawah Harga yang berharga di bawah nilai RM100,000 untuk pilihan anda.

Baca : Sedikit Artikel Tentang Review Kenderaan Di Blog MrJocko

 



 

Kereta Sedan Terbaik Bawah Harga RM100000

Kereta Sedan Terbaik Bawah Harga

Honda City

Engine: 1.5L SOHC i-VTECStarting

Harga: RM 83,219.50 (Gred S)

Ruang Boot: 506 litres

Dikenali sebagai premium sedan segmen B, Honda City memang dah lama terkenal dalam kalangan peminat Honda. Ramai yang setuju, enjin VTEC memang boleh buatkan anda berjimat. Honda City adalah kereta pilihan bagi kebanyakan orang yang mencari sebuah kereta dengan harga di bawah RM100,000. Dengan VSC, ABS dan EBD, Honda City adalah salah satu kereta paling selamat dalam segmennya. Kenyataan ini terbukti benar oleh penarafan keselamatan 5-Bintang NCAP ASEAN.

harga kereta terbaik di Malaysia

Kia Forte

Engine: 1.6L DOHC CVVT MPI GAMMA

Harga Bermula: RM 85,800.00 (SX)

Ruang Boot: 495 liter

KIA menggunakan khidmat bekas pereka kereta Audi untuk memberi nafas baru aspirasi B-segmen KIA. Kia Forte mengejutkan dunia apabila ia keluar dan dalam seterusnya membuktikan bahawa Korea tahu bagaimana untuk membina kereta yang baik. Dilengkapi oleh kamera undur, sistem menghidupkan kereta Push Start Button dan banyak lagi. KIA Forte telah membuktikan bahawa ia adalah kenderaan terbaik untuk pelaburan anda.

harga kereta terbaik di Malaysia

Hyundai Elantra

Engine: 1.6L MPI GAMMA (Manual)

Bermula Harga: RM 88,900

Ruang Boot: 485 liter

Hyundai menawarkan Elantra dengan transmisi manual dan auto. Nampaknya dengan  rekaan luaran Elantra ini, Hyundai seakan dah memahami minat penggemar kereta. Elantra memang punyai rekaan luar yang cantik dan rekaan dalamn yang menarik. MrJocko dan pandu uji beberapa kali. Sehingga hari ini, kereta Hyundai banyak yang sudah menyaingi produk dari Jepun. Ia dilengkapi dengan ESP dan sistem bantuan meletak kereta dan beberapa fungsi lain yang terbaik. Kalau anda membeli Elantra, anda membelanjakan wang anda dengan baik. Untuk nilai sekitar RM88,900, Elantra satu pilihan yang bagus.

harga kereta terbaik di Malaysia

Toyota Vios

Enjin: 1.5L DOHC VVT-i (1.5J MT)

Harga: RM 72,417.00

Ruang Boot: 475 liter

Toyota telah terbukti berkali-kali bahawa setiap kereta mereka adalah bukti kepada kebolehpercayaan Jepun. Walaupun Toyota Vios dianggap sebagai salah satu kenderaan paling rendah dalam segmennya, Vios masih lagi memberikan kualiti terbaik dalam produk Toyota. Sebagai produk Toyota, anda mungkin lebih mudah mencari alat ganti untuk kereta keluaran Toyota ini kerana ia memang salah satu kereta yang terkenal di Malaysia.

Kereta Sedan Terbaik Bawah Harga

Nissan Almera

Enjin: 1.5L DOHC CVTC

Harga Bermula: RM 66,813.50 (manual)

Ruang Boot: 490 liter

Ia merupakan legasi dari keturunan Nissan Sunny 120Y. Nissan Almera nampaknya sudah bersedia untuk menjalankan warisan Nissan 120Y yang memang terkenal di zamannya. Nissan menawarkan pelanggan sebuah kereta yang mampu milik tetapi mempunyai rekaan Nissan. Mempunyai enjin 1.5-liter yang sesuai dan transmisi manual membuatkan Nissan Almera sebuah kereta yang jimat dalam penggunaan bahan api. Pun begitu, ia masih sebuah jentera yang hebat dengan harga RM66,813.50. Ia tetap sebuah kereta yang memuaskan pemandunya.

Kereta Terbaik Bawah RM100,000 Malaysia

Jadi, kalau anda sedang berkira untuk menukar kereta kepada sebuah Kereta Sedan Terbaik Bawah Harga RM100,000, anda mungkin boleh memilih 5 model di atas, Honda City, KIA Forte, Hyundai Elantra, Toyota Vios dan Nissan Almera.

Kalau nak cari kereta second hand murah, boleh ke PJ Sunday Car Market http://www.mrjocko.com/2011/04/pj-sunday-car-market.html

By MrJocko

I'm Travel Blogger Malaysia. MrJocko is a multiple award-winning travel writer, tv host, photographer and social media influencer based in Kuala Lumpur, Malaysia. Been collaborating and writing for many tourisms and travel since 2000.

2 thoughts on “Auto Review 5 Kereta Sedan Terbaik Bawah Harga RM100,000”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.