Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Katil Keretapi KTM Senandung Wau Ekspress

Ini cerita tentang pengalaman MrJocko menaiki Keretapi KTM Senandung Wau Ekspress. Setelah sekian lama tak naik keretapi balik ke Kelantan, kali ni MrJocko ambil kesempatan beli tiket keretapi KTM Senandung Wau Ekspress dari KL Sentral ke Tumpat. Destinasi MrJocko Stesen Wakaf Bharu, stesen paling dekat dan mudah untuk ke Kota Bharu.

Perjalanan semalam dari KL Sentral bergerak sekitar jam 8.30 malam dan menghala ke Gemas dulu, kemudian baru bertukar kepala keretapi dan kemudian beralih arah ke Kelantan. Inilah antara satu kelemahan bila naik keretapi Senandung Wau Ekspress seperti ini. Masa banyak habis sebab nak kena pergi ke Gemas dahulu.

Baca : Pengalaman Naik Keretapi

Kalau keretapi ini bergerak terus dari KL Sentral menuju ke Wakaf Bahru, sudah pasti masa perjalanan lebih cepat dari biasa, malah mungkin lebih cepat dan lebih selamat serta selesa berbanding dengan menaiki bas ekspress.

Untuk anda yang tidak pernah menaiki keretapi ekspress, kalau nak tahu, inilah rupa katil Keretapi Tanah Melayu Senandung Wau Ekspress. Harga cuma RM54 bagi katil bawah, dewasa dan perjalanan untuk sehala. Lokasi coach MrJocko W4X dan bersebelahan sahaja dengan Cafe Keretapi. Memang lokasi gerabak terbaik kerana senang nak cari makanan 🙂

 

Katil Keretapi KTM Senandung Wau Ekspress
Katil Keretapi KTM Senandung Wau Ekspress

Keretapi Senandung Wau Ekspress

Kalau anda beli tempat duduk seperti Katil Keretapi Senandung Wau Ekspress ini, ia memang selesa dan tak rugi balik KB naik keretapi. Next time nak cuba keretapi sampi ke Hatyai pulak.

Sent from my BlackBerry® smartphone

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.