Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Keropok Lekor Kampung Tok Beng Kuala Terengganu

Masa trip pendek kami ke Gong Badak, Kuala Terengganu, MrJocko dan family sempat singgah di kedai Keropok Lekor Kampung Tok Beng BTB 2209 yang terkenal di Gong Badak. Kedai Keropok Lekor BTB 2209 ini terletak di Kampung Tok Beng dan di sini memang banyak lokasi kedai yang menjual kerepok lekor atau keropok losong.

Di kenali sebagai kedai Keropok Lekor yang terkenal, kedai Keropok Lekor BTB 2209 ini terletak di tepi jalan dan senang untuk di cari jika anda berada di sekitar Gong Badak. Kalau guna Waze, GPS atau Google Maps, cari sahaja lokasi Keropok Lekor BTB 2209 Kampung Tok Beng.

Baca : Keropok Lekor Paling Popular Di Terengganu

 


Food Review Keropok Lekor Kampung Tok Beng Kuala Terengganu

Trip Ke Kuala Terengganu, Bayaran Tol Karak Ke Tol Jabor

Review Hotel Tawaquf Inn, Gong Badak, Kuala Terengganu

tempat-menarik-di-kuala-terengganu

tempat-menarik-di-kuala-terengganu

Kalau anda tak pernah melihat cara-cara membuat keropok lekor, kat sini anda boleh jenguk dapur dan kawasan memasak keropok lekor yang berada disebelah kedai. Di bahagian dapur boleh di lihat pekerja yang sedang mengadun adunan keropok, di buat losong dan kemudian direbus di dalam air mendidih untuk memasak keropok losong tersebut.

Keropok Lekor Kampung Tok Beng Yang Sedap

Bagi yang tidak pernah melihat aktiviti memasak keropok lekor atau losong, ini peluang terbaik untuk anda dan keluarga anda. My kids, Khalish dan Hasya memang teruja melihat cara memasak keropok lekor sebab ini kali pertama mereka melihatnya.

tempat-menarik-di-kuala-terengganu

tempat-menarik-di-kuala-terengganu

Untuk satu bungkus keropok lekor yang telah digoreng ini, mempunyai sekitar 24 pcs, hanya RM5.00 sahaja. Anda mesti cuba keropok lekor di sini kerana ia memang sedap dan punyai rasa ikan yang banyak, tidak seperti keropok lekor lain yang biasanya banyak adunan tepung berbanding rasa ikan.

Keropok Lekor Terkenal Kampung Tok Beng Kuala Terengganu

 

tempat-menarik-di-kuala-terengganu

Keropok Lekor Terkenal Kampung Tok Beng Kuala Terengganu

Ini merupakan gambaran aktiviti jualan di kedai Keropok Lekor BTB 2209 di Kampung Tok Beng yang agak ramai pelanggannya. Nasib baik kami singgah sekitar jam 3.00 petang dan masih tak ramai orang. Kata rakan MrJocko, kalau kebiasaannya, anda terpaksa mengambil no giliran dan menunggu untuk membeli keropok lekor anda kerana pelanggan yang ramai.

Hampir setiap pelanggan akan membeli dan membawa pulang sekurang-kurangnya satu beg plastik besar (RM10). Tak kurang juga yang bawa pulang lebih dari 5 beg plastik (RM50)

MrJocko secara peribadi memang berpuas hati dengan kualiti keropok lekor di Keropok Lekor BTB 2209 ini kerana ia memang sedap. 

tempat-menarik-di-kuala-terengganu

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.