Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Charging Port Kerosakkan Biasa Smartphone Samsung Galaxy

MrJocko sekarang menggunakan smartphone lama, Samsung Galaxy Note N7000. Malangnya beberapa hari lepas, ada masalah sikit bila smartphone ini kehabisan bateri dan tidak boleh di’charge’ menggunakan charger kereta, computer atau rumah. Mulanya ingatkan masalah beteri dah kong dan habis tempoh. Untuk informasi, Charging Port Kerosakkan Biasa Smartphone Samsung Galaxy.

Namun selepas ditukar dengan bateri baru, masalah sama berulang. Bila disambung kepada charger, icon menunjukkan ada aktiviti mengecas, namun ia tetap berada di % yang sama malah semakin kehabisan. Sah, ini bukan masalah bateri.

Baca : Smartphone Samsung Galaxy Samsung Harga Yang Murah Mampu Milik

 


Charging Port Kerosakkan Biasa Smartphone Samsung Galaxy

 

Mungkin ramai pengguna Samsung yang pernah mengalami masalah bila smartphone Samsung anda rosak. Paling ketara, mengikut ‘Tukang Repair’ smartphone tadi ialah kerosakan Charging Pin Hole di unit smartphone jenama Samsung. Itulah yang dialami oleh Galaxy Note N7000 MrJocko.

Kata beliau banyak berlaku kepada smartphone Samsung masalah kepala pin charger yang senang rosak. Bak kata lain, ini Kerosakkan Biasa Smartphone Samsung Galaxy. Nasib baik jenis Note ini upah baiki dan tukar pin hole baru cuma RM50 sahaja. Kalau jenis S3, S4 dan beberapa model Galaxy lain ia terpaksa ditukar satu set pin hole melibatkan kos sekitar RM180.

Kerosakkan Biasa Smartphone Samsung Galaxy

Oleh sebab itu, sekiranya anda pengguna Samsung Galaxy, jaga baik-baik semasa mengecas atau sambungkan USB Cable dari smartphone ke peranti lain. SILA GUNAKAN KABEL SAMSUNG ORIGINAL. Penghunaan kabel USB yang murah atau bukan original akan merosakkan pin hole charging tersebut.

So, berhati-hati atau anda terpaksa hantar smartphone anda ke kedai baiki smartphone dan habiskan RM50 ke RM200 untuk kos pembaikian.p/s : kalau tak boleh charge, Jangan tukar bateri terus… pastikan anda hantar untuk baiki dulu kerana ia mungkin rosak dibahagian lain.

Glamorous MrJocko 

Leave a Reply Cancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.