Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Kes Buli : Apa Nasib Anak-anak Kita Nanti

 

 

Sekali lagi MrJocko terkejut bila melihat video Kes Buli Ketua Kelas di sebuah sekolah di Malaysia ini. Yang menjadi pembulinya, ramai dan sangat berani bertindak jahat seperti itu seolah-olah mereka tidak takut. Inilah dia Samseng Sekolah.

Salah ke budak samseng sekolah tu, MrJocko tak nak bincang kat sini. Biar pihak berwajib seperti pihak sekolah, pihak kementerian pelajaran, pihak ibubapa dan pihak sekolah yang menentukannya. Yang MrJocko risau, apa nasib anak-anak kita nanti jika perkara seperti ini tidak dibendung?

MrJocko sentiasa ingatkan diri dan keluarga supaya menjadi seorang yang berguna. Sekolah ialah tempat untuk belajar dan bukan tempat untuk tunjuk samseng. Adalah mustahil bagi seorang guru, memantau lebih 30 orang pelajar dalam satu kelas. Sebenarnya ia menjadi tugas ibubapa yang paling utama untuk menerapkan nilai-nilai asas agama, moral dan disiplin dalam diri anak-anak.

Luangkan masa yang berkualiti bersama anak-anak kita. Tiada guna limpahan duit yang banyak sekiranya kita mengabaikan masa kita bersama keluarga. Anda sibuk??? Sesibuk mana pun, pastikan anda dapat pulang ke rumah sebelum Maghrib, itu masa paling bernilai untuk anda dan keluarga anda.

 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.