Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Jenayah Kes Curi Basikal Semakin Menjadi Jadi Di Malaysia

Sejak setahun dua ini, aktiviti berbasikal kembali popular di Malaysia. Ramai yang kini travel santai dengan basikal dalam jarak 50km hingga 100km setiap minggu, sedikit sebanyak menaikkan industri pelancongan domestik. Namun, selari dengan itu, rupanya ada banyak Kes Curi Basikal Semakin Menjadi Jadi Di Malaysia, tidak kira siang atau malam.

Ada banyak perkongsian di Group Basikal Facebook berkongsi informasi tentang kehilangan basikal. Ada yang kehilangan basikal berharga puluhan ribu ringgit, satu nilai yang besar. Kenyang kalau pencuri tu dapat jual basikal tersebut, boleh goyang kaki 2 bulan.

Baca : Aktiviti Berbasikal di Malaysia Mayor Hill

 


Kes Curi Basikal Semakin Menjadi Jadi Di Malaysia

Kes Curi Basikal Semakin Menjadi Jadi Di Malaysia
 

Kalau sebelum ini ada juga cerita tentang kehilangan basikal ketika meletakkan basikal sekejap untuk ke tandas, singgah makan dan juga beberapa lokasi awam. Setengah kes, khabarnya lagi ekstrim yang mana pencuri sanggup memanjat pintu pagar dan mengangkat basikal untuk mencuri. Hingga tahap itu, pencuri berani untuk mencuri basikal memandangkan ia mempunyai nilai yang tinggi di pasaran gelap atau pasaran terbuka.

Perlu ingat, pencuri boleh menjual basikal yang dicuri part by part untuk memudahkan kerja mereka mendapatkan duit tunai dari hasil curian mereka. Sudah pasti, kalau satu basikal dileraikan, susah untuk sesiapa sahaja mengenalpasti barang kepunyaan mereka kerana kebanyakkan parts ini tidak punyai rekod atau no siri tertentu, atau kita sendiri tidak pernah tahu tentang no siri tersebut.
 

Kes Curi Basikal Semakin Menjadi Jadi 02

Kes Curi Basikal Semakin Menjadi Jadi 03
 

Oleh yang demikian, sebagai pemilik basikal, kita haruslah sentiasa peka dan berhati-hati, Jika basikal yang kita guna diletakkan di dalam pagar kawasan rumah, pastikan ia dikunci sebaiknya.

Sekiranya kita menginap di kawasan rumah flat, apartment atau kondominium, simpan basikal di dalam rumah atau kawasan yang selamat.

Lihat : Video Kecurian Basikal di perkongsian Facebook

 

Kes Curi Basikal Semakin Menjadi Jadi 04

Mungkin ada yang kata, basikal mereka murah dan pencuri tak berminat nak curi. Namun sedarkah kita, pencuri dan perompak di luar sana ramai yang tak kisah tentang perkara tersebut, Ini kerana sesetengah mereka tidak boleh beza basikal mahal dan basikal murah, asalkan nampak cantik, mereka akan cuba untuk dapatkannya, asalkan ia boleh dijual serendah hanya RM100.

Bayangkan ada beberapa kes, basikal yang bernilai puluhan ribu dijual dengan harga RM100 hingga RM500 sahaja.

Kalau la pencuri dapat mencuri basikal mahal seperti basikal jenama Orbea, Specialized, Storck, Cervelo dan beberapa model premium yang lain, dapatlah mereka kenduri beberapa bulan.

Jadi, sentiasa berhati-hati. Kalau kayuh, singgah minum, pastikan basikal di depan mata ye…

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.