Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Kes Penipuan Jual Beli Di Internet Meningkat

Kepada yang suka membeli belah di talian internet samada di Mudah.my, Lelong.com.my, eBay.com atau mana-mana web jualan online, harus rasa lebih berhati-hati pada masa akan datang. Ini kerana berita terbaru mangatakan di Selangor, kes penipuan urusan jual beli di internet melalui laman web jual beli ini sudah meningkat sebanyak 50%. Itu bermaksud penambahan penipuan sekali ganda.
Pihak penganjur atau tuan punya website tidak bertanggungjawab ke atas penipuan yang dilakukan oleh pihak lain. Itu semua di luar bidang kuasa mereka kerana mereka sekadar menyediakan saluran untuk kemudahan pengguna jual beli di internet.
Aku sendiri pernah terkena. Nasib baik jumlah wang yang kecil. Penipu akan menggunakan apa-apa cara yang difikirkan sesuai untuk mencari mangsa. Bila mangsa sudah terpengaruh, mangsa masukkan duit ke dalam akaun penipu dan barang yang di beli atau  di pesan tidak diterima seperti yang di iklankan. Lebih malang apabila langsung tidak menerima barang yang di pesan. Itu penipuan dari “pihak penjual”
Jangan terkejut, jika ada beberapa kes, penipuan berlaku dari pihak pembeli. Ada kes yang mana pembeli memberitahu penjual yang mereka sudah memasukkan duit ke dalam akaun penjual, selepas itu mereka email atau faks slip yang sudah di edit. Penjual percaya, walaupun mereka masih tidak menerima apa-apa notifikasi dari pihak bank. Atas dasar mahu menjalankan business dengan baik dan tidak mahu menghampakan pelanggan, mereka post atau hantar barangan yang di pesan ke alamat yang di berikan. Selepas menunggu beberapa lama, akhirnya mereka sedar yang sebenarnya duit tidak pernah di masukkan oleh pelanggan tersebut ke dalam akaun mereka.
Nasihat aku, berhati-hati lah bila membuat pembelian dan urusan jual beli online.
Sumber : Cari.com.my

MrJocko.com

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.