Site icon Travel Blogger Malaysia

Kesan Baik Buruk Cukai Pelancongan Malaysia 1 Julai 2017

Isu semasa yang menjadi viral di Malaysia dalam beberapa hari ini antaranya pelaksanaan Cukai Pelancongan Malaysia yang diumumkan oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz. Ramai yang mula memberi feedback tentang Kesan Baik Buruk Cukai Pelancongan Malaysia 1 Julai 2017.

Menurut apa yang dikongsi, kalau diikutkan panduan perlaksanaan Cukai Pelancongan Malaysia ini, akan ada peningkatan tambahan dari RM2.50 sehingga RM20.00 sehari mengikut jenis hotel atau resort di Malaysia. Charge cukai ini akan dikenakan kepada tetamu hotel yang membayar servis penginapan tersebut.

Baca : Cukai Di Malaysia

 



 

Kesan Baik Buruk Cukai Pelancongan Malaysia 1 Julai 2017

Kesan Baik Buruk Cukai Pelancongan Malaysia 1 Julai 2017

 

Menurut FreeMalaysianToday, Nazri Aziz memberitahu cukai itu dikenakan kerana kerajaan kurang dana kepada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan. Boleh baca di pautan link ini http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/06/12/nazri-akui-cukai-pelancongan-kerana-kerajaan-kurang-dana/

Yang perlu kita ketahui, cukai pelancongan seperti ini bukan perkara baru. Ada info mengatakan bahawa negara jiran seperti Singapura, Thailand dan Indonesia sudah lama memperkenalkan Cukai Pelancongan seperti ini.
 


 

Apakah kesan baik dan buruk dalam perlaksanaan Cukai Pelancongan Malaysia?

Antara kesan baik yang ketara ialah pendapatan Kerajaan dalam cukai pelancongan ini akan mencapai sekitar RM650 juta setahun jika kadar penginapan capai 60% dari lebih 11 juta bilik yang ada di Malaysia.

Manakala kesan buruk perlaksanaan cukai pelancongan Malaysia ini, ia akan membuatkan lebih ramai pelancong domestik dan mungkin pelancong luar negara akan memilih untuk menginap di hotel, resort atau homestay yang tidak berdaftar bagi mengelak cukai pelancongan.

Ramai yang ketahui, industri perhotelan dan pelancongan domestik agak suram dalam tempoh beberapa tahun lepas akibat kemelesetan ekonomi. Dengan tambahan cukai pelancongan ini ia mungkin akan menyebabkan kesan tersebut akan lebih lama.

Mungkin ramai rakyat Malaysia lepas ini lebih suka duduk rumah dari melancong dalam negeri

MrJocko secara peribadi pernah menyuarakan bahawa harga bilik hotel di Malaysia agak mahal berbanding dengan negara Thailand dan Indonesia. Bandingkan sendiri penginapan ketika korang di Bangkok dan Jakarta berbanding hotel di Kuala Lumpur. Pasti korang akan perasan.

Selepas ini, untuk korang yang nak travel dalam Malaysia kena lah lebih pandai mencari Tips Travel Bajet dan Melancong Murah http://www.mrjocko.com/2016/01/tips-untuk-travel-bajet-dan-melancong-murah.html

Untuk maklumat semua, nampaknya sudah jelas bahawa Akta Cukai Pelancongan 2017 akan dilaksanakan mulai 1 Julai 2017. Ia akan dikenakan kepada semua ‘Pelancong’ mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Subseksyen 2(1) Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482).

Kadar Cukai Pelancongan ditetapkan melalui satu Perintah di bawah Akta ini yg digazetkan. Segala urusan kutipan Cukai Pelancongan ini akan dibuat oleh Kastam dari pengendali penginapan yg dilesenkan. Jabatan Kastam adalah juga agensi Kerajaan yg sama yang mengendalikan kutipan Cukai Perkhidmatan (GST) dari establishments yang menyediakan perkhidmatan penginapan untuk keuntungan.

Pun begitu, kalau boleh, ada rezeki jangan la sampai tidak melancong ke mana-mana. Walaupun melancong bukan satu keperluan, tetapi ia antara terapi yang boleh membuka minda kita tentang dunia luar selain dari tempat tinggal kita. 

Ambil peluang untuk melancong dengan bajet yang kita mampu. Tak perlu travel dalam bajet mahal, hujung minggu bercuti dekat-dekat pun jadilah. Kalau nak menginap, kita pilih homestay atau pakej AirBNB yang lebih murah untuk penjimatan.

Selamat Melancong semua…

Exit mobile version